CEO Jeju Air mohon maaf susuli nahas di lapangan terbang Korea Selatan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AP/Im Hun-jung/Yonhap)
MUAN: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan Jeju Air memohon maaf kepada mangsa nahas pesawat di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan, yang meragut 151 nyawa pada Ahad (29 Dis).
Dalam taklimat media, CEO Kim E-bae berkata punca nahas masih tidak diketahui, dan pesawat tersebut tidak mempunyai rekod kemalangan serta tidak menunjukkan tanda-tanda kerosakan.
Syarikat tersebut akan bekerjasama dengan penyiasat dan mengutamakan bantuan kepada keluarga mangsa, kata Encik Kim.

Pihak berkuasa sebelum ini berkata kesan pelanggaran burung dan cuaca buruk mungkin menjadi punca nahas, yang menyebabkan penumpang tercampak keluar pesawat dan menyebabkannya "hampir musnah", kata pegawai bomba.
“Penumpang tercampak keluar dari pesawat selepas ia berlanggar dengan tembok, peluang untuk hidup sangat tipis,” kata pegawai bomba tempatan kepada keluarga semasa taklimat, dedah kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan bomba.
"Pesawat itu hampir musnah sepenuhnya, dan mengenal pasti mangsa sangat sukar. Prosesnya mengambil masa lama sedikit sedang kami mencari dan menyelamatkan mayat," katanya.
Hanya dua individu berjaya diselamatkan, kedua-duanya pramugari, dan 124 orang disahkan maut menjelang tengah hari Ahad, tulis jabatan bomba dalam satu kenyataan.
"MAYDAY"
Menurut Kementerian Tanah, kemalangan pada Ahad itu berlaku dalam beberapa minit, dengan 175 penumpang, termasuk dua warga Thailand, dan enam anak kapal berada di dalam kapal.
"Ia mengambil masa kira-kira tiga minit dari menara kawalan untuk memberi amaran tentang sekumpulan burung sedang pesawat cuba mendarat di landasan sekali lagi," katanya.
Dua minit sebelum nahas, juruterbang mengeluarkan panggilan 'Mayday', tambahnya.
Apabila ditanya sama ada kemalangan tersebut berlaku disebabkan landasan yang terlalu pendek - video menunjukkan pesawat itu terkeluar dari landasan dan melanggar tembok, dengan pegawai berkata ia bukan faktor nahas.
"Lapangan itu 2,800 meter panjang, dan pesawat dengan saiz serupa sudah mendarat di atasnya tanpa sebarang masalah," kata pegawai tersebut.
"Tidak mungkin kemalangan itu disebabkan oleh saiz landasan."
Lee Jeong-hyun, ketua balai bomba Muan, berkata semasa taklimat tersebut bahawa punca nahas "dianggap disebabkan pelanggaran burung dengan gabungan cuaca buruk".
“Namun, punca sebenar akan diumumkan berikutan siasatan bersama,” kata Encik Lee.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.