CEO Jeju Air dilarang keluar dari Korea Selatan
Kim E-bae sebelum ini memohon maaf kepada semua penumpang dan mangsa yang terlibat dengan nahas berkenaan. (Gambar: AP)
This audio is generated by an AI tool.
Polis di wilayah Jeolla Selatan mengesahkan larangan berkenaan terhadap dua individu termasuk CEO berkenaan, lapor Astro Awani.
Encik Kim sebelum ini memohon maaf kepada semua penumpang dan mangsa yang terlibat dengan nahas berkenaan.
Katanya, walaupun belum tahu punca sebenar yang menyumbang kepada nahas itu, beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tragedi tersebut, seperti dipetik Astro Awani.
Ahad lalu, pesawat B737-800 Jeju Air melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan dan meletup apabila ia merempuh struktur konkrit.
Hanya dua daripada 181 orang yang terselamat dalam nahas tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.