Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Cendekiawan, mantan pemimpin Muhammadiyah, Bahtiar Effendy meninggal dunia

Mantan pemimpin Muhammadiyah Bahtiar Effendy meninggal dunia di Rumah Sakit Islam Jakarta Cempaka Putih pada awal Khamis dan dijangka akan dikebumikan di tanah perkuburan dekat rumahnya di bandar Depok, Jawa Barat selepas Zuhur pada Khamis (21 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Cendekiawan, mantan pemimpin Muhammadiyah, Bahtiar Effendy meninggal dunia

Prof Bahtiar Effendy (Gambar: ANTARA)

Diterbitkan : 21 Nov 2019 03:26PM Dikemas Kini : 21 Nov 2019 03:32PM

JAKARTA: Mantan pemimpin Muhammadiyah Bahtiar Effendy meninggal dunia di Rumah Sakit Islam Jakarta Cempaka Putih pada awal Khamis dan dijangka akan dikebumikan di tanah perkuburan dekat rumahnya di bandar Depok, Jawa Barat selepas Zuhur pada Khamis (21 Nov).

Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah bagi penggal kepimpinan 2005-2010 Muhammad Sirajuddin "Din" Syamsuddin, mendedahkan pada Khamis pagi bahawa anak perempuan Allahyarham Bahtiar Effendy, Cik Atia Ajani, mengesahkan bapanya telah meninggal dunia.

Dilahirkan pada 10 Disember 1958 di Ambarawa, Jawa Tengah, Profesor Bahtiar Effendy menamatkan pengajian sarjana muda di Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah dan mendapatkan ijazah sarjana dari Ohio State University.

Allahyarham Bahtiar Effendy yang dilaporkan menerbitkan sekurang-kurangya 15 buku, popular di kalangan golongan ilmuan kerana sumbangan aktifnya kepada wacana akademik yang menyentuh pelbagai isu agama dan politik. Banyak hasil penulisannya diterbitkan di media utama Indonesia.

Allahyarham Bahtiar Effendy pernah menjadi profesor sains politik di Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah.

Beliau juga pernah mengajar program pos-siswazah di Universiti Indonesia dan pernah mengetuai program pos-siswazah di Universiti Muhammadiyah di Jakarta.

Menurut Merdeka.com, Allahyarham juga pernah menjadi zamil kanan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura (Mac 2007 - Feb 2008) dan Victoria University of Wellington, New Zealand (2008).

Allahyarham Bahtiar Effendy juga seorang anggota Persatuan Sains Politik Amerika (APSA), Sidang Dunia mengenai Agama dan Keamanan (WCRP), Persatuan Cendekiawan Muslim Indonesia (ICMI) dan Persatuan Sains Politik Indonesia (AIPI).
 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan