Cemas, banjir & rasa teruja warnai PRU15 di Sarawak
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KUCHING: Situasi cemas, banjir dan keterujaan mengundi buat kali pertama mewarnai hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia di Sarawak pada Sabtu (19 Nov) yang keseluruhannya dilaporkan berjalan lancar setakat ini.
Tidak ketinggalan, semangat pengundi Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak pernah gagal daripada menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan.
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Willie Mongin cemas apabila tidak menemui kad pengenalannya semasa hendak mengundi di pusat pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Batu 15, Puncak Borneo, kira-kira 25 kilometer dari Kuching.
Menceritakan ‘saat-saat cemas’ itu, penyandang kerusi Parlimen Puncak Borneo berusia 47 tahun itu berkata beliau tiba di pusat pengundian berkenaan pukul 8.25 pagi dan beratur bersama-sama pengundi lain untuk menunggu giliran menyemak senarai nama mereka.
“Pada masa itulah saya panik seketika apabila mendapati kad pengenalan saya tidak ada di dalam saku seluar saya, mahupun di dompet. Terpaksalah saya keluar daripada barisan itu dan mujurlah saya jumpa (kad pengenalan) di dalam beg dokumen dalam kereta sebelum berbaris semula,” katanya.
Di Parlimen Santubong, pakaian bercorak batik Malaysia berwarna biru firus menjadi pilihan calon GPS bagi kerusi itu Nancy Shukri, yang berjaya mencuri perhatian di pusat pengundian Dewan Serbaguna Kapsel Kampung Panglima Seman Lama di Kuching.
Cik Nancy yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu tiba di pusat pengundian berkenaan kira-kira pukul 9.30 pagi, diiringi suaminya, Kamil Misuari.
Di Parlimen Petra Jaya, calon GPS dan Naib Presiden Kanan PBB, Fadillah Yusof bersama isterinya Raziah Mohd Tahir tiba di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat Haji Bolhassan di Kuching kira-kira pukul 8.05 pagi sebelum selesai mengundi pada 8.30 pagi.
Ketika ditemui media, Encik Fadillah berharap keadaan cuaca yang agak baik di Kuching pada Sabtu itu akan membolehkan peratusan pengundi yang keluar mengundi meningkat di kawasan itu.
SK Merpati Jepang, yang terletak kurang 500 meter dari SK Rakyat Haji Bolhassan, menjadi pusat mengundi untuk Yang Dipertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Raghad Taib, serta Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg dan isterinya, Amar Juma’ani.
Keterujaan mengundi kali pertama dizahirkan oleh pengundi muda yang juga penghidap autisme, Mohd Danial Harish Mahmud, 20 tahun, yang tiba di Dewan Serbaguna Kapsel Kampung Panglima Seman Lama seawal pukul 7.00 pagi, walaupun pusat pengundian itu hanya dibuka pukul 7.30 pagi.
Diiringi ayahnya, Mahmud Sabli, 58 tahun, Mohd Danial kelihatan bersahaja sambil asyik menyanyikan lagu ‘Cinta Untuk Nabila’ oleh Melissa, sebuah kumpulan rock 90-an, sementara menunggu gilirannya mengundi, tanpa menyedari beliau beratur di saluran yang salah.
Encik Mahmud berkata pada mulanya anaknya, Mohd Danial menjadi orang pertama beratur di saluran ketiga yang dikhaskan untuk pengundi kali pertama, namun apabila disemak kembali oleh petugas SPR, anaknya itu didaftarkan di saluran satu yang diperuntukkan untuk OKU.
“Ini menyebabkan kami terpaksa bergegas ke saluran satu dan alhamdulillah, sempatlah juga dia mengundi,” kata Encik Mahmud.
Bekas kakitangan awam tentera Anis Salleh, 72 tahun, yang cacat penglihatan sejak berumur 28 tahun, tidak mahu melepaskan tanggungjawab sebagai pengundi dan tidak pernah gagal mengundi sejak 1974.
“Saya tak pernah terlepas peluang (untuk mengundi). Saya lakukan tanggungjawab demi Malaysia,” katanya.
Pengundi di Limbang dan Baram di utara Sarawak pula dibelenggu episod banjir terbaru di negeri Kucing dengan empat pusat pengundian dilaporkan telah dinaiki air.
Bagaimanapun, polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak melaporkan keadaan banjir itu tidak menjejaskan proses pengundian di kawasan berkenaan.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.