Cekik adik hingga mati di M'sia, bapa kata anaknya mangsa buli
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: iStock
MELAKA — Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang disyaki mencekik adik lelakinya yang berusia sembilan tahun sehingga mati di rumah mereka di Bukit Piatu, Melaka, pada Rabu (5 Jul) dikatakan mengalami perubahan tingkah laku selepas menjadi mangsa buli di sekolah berasrama penuh.
Bapa remaja itu, Najli Yakob, 42 tahun, berkata, perangai dan sikap anak sulungnya itu mula berubah selepas dibuli oleh para pelajar tingkatan atas di sekolah berasrama penuh di pekan Alor Gajah.
Beliau mendakwa anaknya dibuli sejak tahun pertama di sekolah tetapi mendiamkan diri sehingga keadaan menjadi lebih teruk dan beliau mula mengadu mengenai perkara itu kepada ibu bapanya.
"Dia agak kerap menelefon ibunya tetapi pada mulanya saya fikir ia adalah perkara biasa bagi kanak-kanak yang belajar di sekolah berasrama penuh sehingga saya melihat kecederaan dan parutnya. Pada waktu itulah kami membuat aduan kepada pihak sekolah dan membuat laporan polis," kata Encik Najli.
"Dia mengadu yang dia dibuli oleh dua orang pelajar dari tingkatan yang lebih tinggi di sekolah, di mana di dicekik ketika sedang tidur, dikenakan percikan air serta ditendang dan dipukul." tambahnya.
Encik Najli mendakwa bahawa anaknya juga pernah mencekik beliau dan isterinya sebelum ini.
“Disebabkan perubahan sikapnya, kami membenarkan dia belajar di rumah dan saya dan isteri turut membawanya untuk mendapatkan rawatan perubatan profesional,” katanya.
Encik Najli berkata, ketika kejadian berlaku, beliau berada di Terengganu atas urusan kerja manakala isterinya yang merupakan seorang jururawat juga sedang bekerja.
Pasangan itu memantau anak-anak mereka melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang membolehkan mereka melihat apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka melalui telefon bimbit mereka.
“Sebelum kejadian, saya ada menelefon untuk mengetahui sama ada (anak-anak) sudah makan atau tidak, dan dia seperti biasa, normal dan mengatakan dia sudah makan," katanya.
“Saya ambil dia dari sekolah dan tidak lama selepas tiba di rumah dia tiba-tiba menjerit ‘Subhanallah’ dengan mata terbeliak sebelum tiba-tiba mencekik saya, dan ketika itu dia melakukannya dengan kekuatan orang dewasa, " tambah Encik Najli.
“Kami tidak pernah terfikir apa yang (membuat kami) bimbang dan takut akan berlaku hingga kami melihat dia tiba-tiba mencekik adiknya yang ketika itu berada di atas sofa,” katanya.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.