Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Cef Nigeria masak 100 jam tanpa henti; cuba cipta Rekod Dunia Guinness

Anggaran Waktu Membaca:
LAGOS: Seorang chef warga Nigeria meluangkan 100 jam untuk menyediakan makanan tanpa henti, yang bertujuan untuk mencipta Rekod Dunia Guinness bagi sesi memasak yang paling lama oleh seseorang individu.

Hilda Bassey, seorang tukang masak di bandar mega Lagos,menambat hati seluruh negara dengan masakan maratonnya, yang bermula pada Khamis dan berakhir pada Isnin malam (15 Mei).

Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari dan beberapa ahli politik dan selebriti mengucapkan tahniah kepada Bassey, dengan para penyokongnya berkumpul di luar pusat acara tersebut untuk menyaksikan cef berusia 27 tahun itu menyediakan campuran hidangan tempatan dan luar negara.

Ia termasuk nasi jollof, pasta, akara, iaitu hidangan Nigeria yang diperbuat daripada tepung kacang.

Rekod memasak paling lama masih dipegang oleh cef warga India, Lata Tondon, dengan catatan masa 87 jam dan 45 minit pada 2019.

Masa yang dicatatkan oleh Bassey perlu disahkan oleh para pegawai Rekod Dunia Guinness sebelum ia boleh dirasmikan
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan