Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

CDC gesa rakyat AS elak perjalanan ke Sepanyol, Finland

Anggaran Waktu Membaca:
CDC gesa rakyat AS elak perjalanan ke Sepanyol, Finland

Pelancong-pelancong di Lapland, Finland pada 18 Disember 2020. (Gambar: Kaisa Siren/Lehtikuva/AFP)

WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menasihatkan rakyatnya supaya jangan melancong ke lapan destinasi termasuk Sepanyol, Finland, Chad dan Lubnan.

CDC turut menambah Bonaire, Monaco, San Marino dan Gibraltar dalam senarai pada Klasifikasi tahap 4, iaitu sangat tinggi.

Selain itu, 85 destinasi diletakkan pada tahap nasihat perjalanan tertinggi termasuk hampir kesemua kawasan di Eropah.

Pada Jumaat lalu (17 Dis), kadar jangkitan di Sepanyol meningkat kepada lebih 500 kes untuk setiap 100,000 individu, meningkat lebih dua kali ganda daripada jumlah kes yang dilaporkan pada awal Disember.

Menurut data Kementerian Kesihatan Sepanyol, sebanyak 33,359 kes positif COVID-19 dilaporkan pada Jumaat (17 Dis) dengan 41 kes kematian.

Hampir 80 peratus daripada 47 juta penduduk di Sepanyol telah melengkapkan dos vaksin COVID-19 dan kira-kira 10 juta penduduk telah menerima dos penggalak.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan