Skip to main content

Dunia

CDC akan singkatkan tempoh kuarantin COVID-19 kepada 10 hari, 7 hari dengan ujian

Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) akan menyingkatkan tempoh kuarantin disarankan selepas pendedahan kepada seseorang yang positif COVID-19, sedang virus itu terus menular di merata Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
CDC akan singkatkan tempoh kuarantin COVID-19 kepada 10 hari, 7 hari dengan ujian

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 02 Dec 2020 02:21PM Dikemas Kini : 02 Dec 2020 02:22PM

WASHINGTON: Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) akan menyingkatkan tempoh kuarantin disarankan selepas pendedahan kepada seseorang yang positif COVID-19, sedang virus itu terus menular di merata Amerika Syarikat.

Menurut seorang pegawai pentadbiran kanan, garis panduan baru itu, yang akan diumumkan lewat Selasa (1 Dis), membolehkan mereka yang berhubung rapat dengan seseorang yang dijangkiti COVID-19 untuk menyambung semula kegiatan biasa selepas 10 hari atau 7 hari jika mereka diuji negatif bagi COVID-19.

Ini lebih singkat berbanding tempoh kuarantin selama 14 hari yang disarankan sejak permulaan pandemik.

Pegawai itu, yang bercakap dengan syarat identitinya tidak didedahkan, berkata bahawa perubahan dasar itu sudah lama dibincangkan, kerana para saintis telah mengkaji tempoh inkubasi bagi virus tersebut.

Dasar itu akan mempercepatkan penyambungan kegiatan biasa bagi mereka yang dianggap "berhubung rapat" dengan orang-orang dijangkiti virus tersebut yang sudah pun menjangkiti lebih daripada 13.5 juta warga Amerika dan membunuh sekurang-kurangnya 270,000 orang.

Meskipun CDC menyatakan tempoh inkubasi bagi virus itu dianggap berlanjutan hingga 14 hari, kebanyakan individu boleh berjangkit dan mengalami gejala antara 4 dengan 5 hari selepas pendedahan.

Ini bukan kali pertama CDC menyesuaikan panduannya bagi virus korona sedang ia membuat penyesuaian berdasarkan kajian baru. Pada Julai, agensi itu mengeluarkan panduan yang memendekkan tempoh pengasingan dari 14 hari kepada 10 hari, apabila seseorang itu pertama kali mengalami gejala COVID-19 selagi mereka tidak lagi sakit.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita