Cawangan F&B Johor terjejas teruk akibat jumlah pelancong S'pura yang berkurangan
Sektor F&B Johor kini merasakan bahang akibat jumlah pelancong dari Singapura yang semakin berkurangan, menurut para pemain industri.

Sektor F&B Johor kini merasakan bahang akibat jumlah pelancong dari Singapura yang semakin berkurangan. (Gambar: The Malaysian Insight)
KUALA LUMPUR: Sektor F&B Johor kini merasakan bahang akibat jumlah pelancong dari Singapura yang semakin berkurangan, menurut para pemain industri.
Mereka menyifatkan kemerosotan pada jumlah pelancong disebabkan oleh kelengahan di kaunter-kaunter imigresen dan ketegangan antara kedua-dua negara sejak Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya.
Ketibaan pelancong dari Singapura merosot sebanyak 14.7 peratus, mengakibatkan hanya 10.62 juta pengunjung dari Seberang Tambak tahun lalu berbanding 2017.
Ini menyebabkan Malaysia gagal mencapai sasaran pelancong seramai 26.4 juta pada 2018, mencatatkan hanya 25.83 juta.
Presiden Persatuan 'Coffee Shop Proprietors’ Malaysia-Singapura Encik Ho Su Mong memberitahu The Malaysian Insight bahawa para anggota yang berpangkalan di Johor mengadu bahawa perniagaan mereka terjejas akibat jumlah pelancong dari Singapura yang semakin berkurangan.
Hasil pendapatan mereka menjunam sebanyak 30 peratus, menurut pertubuhan itu.
Menurut Encik Ho, para pelancong Singapura kecewa dengan proses imigresen yang banyak memakan masa di pusat-pusat pemeriksaan Malaysia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.