Cawangan DBS di Hong Kong tidak rosak oleh kebakaran yang dilihat dalam video online
Sebuah cawangan DBS di Hong Kong tidak terjejas dengan satu kebakaran yang tercetus dalam sebuah unit kejiranan.

Satu rakaman video kebakaran itu, yang berdurasi lebih seminit, menunjukkan sebuah kedai bersebelahan dengan cawangan DBS diselubungi api.
SINGAPURA: Sebuah cawangan DBS di Hong Kong tidak terjejas dengan satu kebakaran yang tercetus dalam sebuah unit kejiranan.
Menjawab pertanyaan-pertanyaan CNA pada Rabu (13 Nov), seorang jurucakap dari bank Singapura itu menambah bahawa para pekerja di cawangan itu berada dalam keadaan selamat.
Satu rakaman video kebakaran itu, yang berdurasi lebih seminit, menunjukkan sebuah kedai bersebelahan dengan cawangan DBS diselubungi api. Orang ramai juga boleh dilihat berdiri di hadapan unit yang terbakar itu. Sebuah kereta bomba boleh dilihat tiba di tempat kejadian pada akhir video tersebut.
Kebakaran tersebut berlaku di Yee Wo Street di Causeway Bay pada malam Selasa. Seseorang boleh dilihat dalam video tersebut sedang berusaha memadamkan kebakaran dengan sebaldi air.
Menurut HK01.com, para penunjuk perasaan membakar unit tersebut sekitar pukul 11.00 malam. Kepulan asap tebal boleh dilihat sehingga bumbung sebuah bangunan penduduk dan letupan boleh didengar semasa insiden itu, lapor cawangan berita tempatan.
Pasukan bomba mengambil sekitar lima minit untuk memadamkan kebakaran itu.
Kedai yang tidak dikenal pasti itu, yang tidak mempunyai sebarang papan tanda, sudah dikepung sebelum kebakaran itu, lapor HK01.com.
Apabila CNA tiba di tempat kejadian pada Rabu malam, cawangan bank itu ditutup buat sementara dari pukul 4.00 petang.
Satu notis dilekatkan di tingkap yang menyatakan bahawa para pelanggan dinasihati menggunakan khidmat perbankan online atau menerusi telefon bimbit.
Akses kepada mesin ATM di luar cawangan itu, yang lazimnya beroperasi 24 jam, juga tidak beroperasi buat sementara waktu. Hanya luaran bank tersebut kelihatan tidak terjejas oleh kebakaran itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.