Skip to main content

Dunia

Cathay Pacific tawar lebih 100,000 tiket penerbangan dengan potongan harga untuk masa terhad

Anggaran Waktu Membaca:
HONG KONG: Sepanjang dua minggu mulai Khamis (17 Ogos), Cathay Pacific menawarkan potongan harga besar-besaran bagi 100,000 tiket kelas ekonomi.

Ini menyusuli pemulihan kukuh syarikat penerbangan utama Hong Kong itu, yang melaporkan keuntungan setengah tahun yang terbesar dalam tempoh lebih sedekad.

Ini juga tawaran harga tiket penerbangannya yang termurah, sejak pandemik COVID-19.

Menjelang Disember, syarikat itu dijangka mencapai 70 peratus kapasiti pada 2019 ketika sebelum pandemik, dan pulih sepenuhnya sebelum akhir tahun depan.
 
Sumber : AGENCIES/NY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita