Cathay Pacific mohon maaf gara-gara kakitangan campak bagasi dari tangga
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP, muav1/TikTok
HONG KONG: Syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific Airways memohon maaf pada Selasa (16 Jul) atas sebarang kesulitan yang menjejas penumpangnya.
Permohonan maaf itu dibuat selepas tularnya sebuah video yang yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @muav1, yang menunjukkan seorang kakitangan pengendalian darat yang memakai jaket Cathay Pacific, mencampak bagasi dari tangga ketika membawa keluar bagasi tersebut dari pesawat berkenaan.

Video tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan lapangan terbang mana atau tarikh insiden berkenaan berlaku.
Menurut syarikat penerbangan tersebut, wanita terbabit sudah dipecat daripada jawatannya.
Cathay Pacific Airways turut mendedahkan pihaknya sudah melancarkan siasatan ke atas kakitangan terbabit, yang tindakannya dikatakan melanggar prosedur pengurusan bagasi syarikat penerbangan itu.
Para pengguna TikTok rata-rata menyuarakan rasa kecewa dan marah terhadap tindakan kakitangan tersebut yang mengendalikan bagasi itu dengan sambil lewa, berdasarkan tinjauan di ruang komen video tersebut.
Sekalipun demikian, sebilangan pengguna TikTok turut mempersoalkan standard prosedur syarikat penerbangan tersebut, yang memerlukan kakitangan sepertinya untuk mengangkat bagasi tanpa penggunaan mana-mana mesin yang dapat meringankan tugas berat itu.
Seorang pengguna berkata: "Mereka sepatutnya ada gelongsor di tangga. Ini sangat salah, tergamak memerlukannya untuk naik turun tangga dengan bagasi itu."
"Ini sebab saya bercuti tanpa membawa bagasi berat, elak daripada perlu untuk daftar masuk bagasi," ujar seorang lagi pengguna.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.