Skip to main content

Dunia

Cathay Pacific batalkan semua penerbangan di Hong Kong sedang Taufan Saola hampiri

Anggaran Waktu Membaca:
Cathay Pacific batalkan semua penerbangan di Hong Kong sedang Taufan Saola hampiri

Kaunter daftar masuk Cathay Pacific di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong. (Gambar: Anthony Wallace/AFP)

HONG KONG: Syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific Airways, membatalkan semua penerbangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong yang dijadualkan pada Jumaat (1 Sep) dan Sabtu (2 Sep) sedang Taufan 'Super' Saola mendekati bandar tersebut.

"Disebabkan Taufan Super Saola yang sedang menghampiri Hong Kong, sejumlah penerbangan dijadualkan untuk tiba dan meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada Jumaat, 1 September dan Sabtu, 2 September, sudah dibatalkan," syarikat penerbangan itu mengumumkan di laman webnya, lapor Sputnik.

Ia menambah bahawa lebih banyak penangguhan dan pembatalan penerbangan mungkin berlaku pada pagi Sabtu berdasarkan keadaan cuaca dan pergerakan taufan.

Pentadbiran Meteorologi China sebelum ini mengeluarkan tindakan kecemasan tertinggi di selatan China sedang taufan tersebut menghampiri.

Taufan itu akan bergerak ke daerah barat laut dengan kelajuan 10 kilometer sejam dan akan mendekati wilayah pantai timur, Guandong, seperti yang ditunjuk pentadbiran ramalan cuaca itu.

Taufan Saola dijangka menghampiri pantai Hong Kong pada Jumaat, dedah pentadbiran tersebut.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita