Cathay Pacific batalkan 24 penerbangan, periksa pesawat Airbus A350 susuli kegagalan komponen enjin
Anggaran Waktu Membaca:

Pesawat A350 Cathay Pacific. (Gambar fail: Charly Triballeau/AFP)
HONG KONG: Cathay Pacific Airways pada Isnin (2 Sep) menyatakan pihaknya sudah memeriksa semua pesawat A350 miliknya menyusuli insiden yang mana komponen enjin gagal berfungsi semasa satu penerbangan.
Insiden berkenaan menyebabkan saham pembekal enjin Britain, Rolls-Royce, menjunam.
Syarikat penerbangan tersebut menyatakan pihaknya membatalkan 24 penerbangan ulang-alik sehingga lewat Selasa (3 Sep). Sebilangan pesawat juga tidak akan digunakan selama beberapa hari.
Proses memeriksa pesawat, yang dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga, bagaimanapun selesai dijalankan.
Seorang jurucakap Airbus berkata semua pertanyaan boleh diajukan kepada syarikat penerbangan dan Rolls-Royce.
Rolls-Royce pula menyatakan pihaknya sedia maklum tentang insiden itu dan komited untuk bekerja rapat dengan Cathay, Airbus dan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan.
Nilai saham syarikat itu - satu-satunya penyedia enjin bagi kumpulan pesawat A350 yang melakukan perjalanan jarak jauh - merosot 6 peratus pada hujung hari dagangan. Indeks pertahanan dan aeroangkasa Eropah juga turun 2.8 peratus.
Menurut data Flightradar24, insiden kegagalan komponen berlaku beberapa minit selepas penerbangan CX383 berangkat menghala ke laut di selatan Hong Kong.
Pesawat itu seharusnya membelok mengikut arah utara selama 12 jam untuk ke Zurich.
Namun ia akhirnya terpaksa melakukan dua pusingan besar sebelum kembali ke Hong Kong di mana ia mendarat kira-kira 75 minit selepas berangkat, menurut data penjejakan.
Cathay tidak memberikan penjelasan terperinci mengenai komponen engin yang gagal tetapi menyatakan ini kali pertama seumpamanya sebarang pesawat A350 mengalami masalah tersebut.

Sumber : Reuters/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.