Catatan 'akhir hayat' wartawan warga Palestin ini beri bayangan nyawa di ambang maut
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Instagram - motaz_azaiza, wizard_bisan1, ismail.jood, aymanalgedi12)
CARIKAN GAZA: Beberapa wartawan dan jurugambar warga Palestin, yang kerap berkongsi tentang perkembangan krisis kemanusiaan dan kemusnahan yang berlaku di Carikan Gaza sejak perang Israel-Hamas tercetus pada 7 Oktober, satu persatu memuat naik catatan yang membayangkan seolah-olah catatan-catatan itu adalah catatan 'terakhir' mereka.
Ini selepas gencatan senjata sementara berakhir pada Jumaat (1 Dis) dan Israel terus-menerus membedil Gaza dan serangan udara dan darat dijangka beralih ke bahagian selatan, di mana ramai penduduk berlindung selepas melarikan diri dari utara Carikan Gaza.
Para wartawan tersebut memuat naik gambar-gambar dan video-video yang memaparkan keadaan kemanusiaan yang menggenting di Gaza ke platform media sosial masing-masing dan mendapat perhatian begitu ramai warga siber dari seluruh dunia.
Salah seorang wartawan Palestin, yang perkongsian beliau menarik perhatian dunia, ialah Motaz Azaiza.
Dalam catatan terkini beliau di Instagram Story, Motaz berkata "sekarang adalah antara hidup dengan mati. Saya sudah melakukan apa yang saya mampu. Kami dikepung oleh kereta kebal Israel".
Catatan itu disertakan dengan teks dalam bahasa Arab yang bermaksud: "Masa untuk menunjukkan kepada dunia tentang apa yang sedang berlaku pada kami sudah berakhir. Sekarang kami mesti teruskan fasa berjuang untuk hidup dan bertarung nyawa".
Motaz juga berkata Tuhan menjadi saksi bahawa beliau sudah mencuba membantu penduduk Palestin yang lain.
Beliau menambah bahawa penduduk sedang dikepung sepenuhnya dan tidak dapat bergerak ke utara mahupun ke selatan dan "kawasan tengah dikepung sepenuhnya oleh kereta kebal Israel".

Seorang lagi wartawan Palestin, yang dikenali dengan nama Bisan, memuat naik catatan yang meluahkan bahawa beliau sudah tiada harapan untuk terus hidup, "seperti waktu-waktu awak pembunuhan beramai-ramai ini, dan saya yakin saya akan mati dalam masa beberapa minggu akan datang atau mungkin beberapa hari lagi".
Menurut Bisan, beliau sudah beberapa hari jatuh sakit disebabkan beberapa jangkitan virus dan tidak dapat bergerak.
"Saya alami mimpi ngeri yang rasanya begitu dekat dengan realiti sehingga saya tidak dapat membezakan antara realiti dengan mimpi."
Dalam catatannya, beliau sempat mengucapkan terima kasih kepada "rakan-rakan" seantero dunia yang menyokongnya.
"Anda bersikap belas ihsan dan kuat. Kami meminta agar anda tidak putus harapan walaupun dunia seolah-olah tidak adil dan usaha anda masih belum lagi membawa kepada gencatan senjata sepenuhnya."
Mesej daripada wartawan Palestin bernama ismail.jood pula adalah "mesej terakhir saya".

Catatan beliau berbunyi: "Wajah-wajah semakin pucat dan harapan (kami) sudah pudar. Iman menjadi pedoman dan kiblat kami."
"Dunia sudah membuktikan kepada kami bahawa dunia bersikap hipokrit, kejam dan hina. Namun dunia kami ada di tempat lain, lebih selamat bersama Tuhan kami."
Catatan seorang lagi wartawan dan jurugambar dari Palestin bernama ayman.algedi pula berbunyi: "Saya tidak pasti berapa lama lagi saya dapat bertahan di dunia ini tetapi saya berharap saya sudah menitipkan kenangan indah yang tersemat di sanubari anda buat selama-lamanya."

57 WARTAWAN TERBUNUH SETAKAT 30 NOV
Setakat 30 November tahun ini, sekurang-kurangnya 57 wartawan terkorban akibat perang Israel-Hamas yang tercetus pada 7 Oktober, menurut laporan Jawatankuasa Untuk Melindungi Wartawan (CPJ).
CPJ menyatakan pihaknya sedang menyiasat semua laporan mengenai para wartawan dan petugas media yang terbunuh, cedera atau dilaporkan hilang dalam perang itu dan menyifatkannya sebagai bulan paling berdarah bagi wartawan sejak CPJ mula mengumpulkan data pada 1992.
CPJ menerusi catatan di laman Instagramnya turut menekankan kepada semua pihak yang berperang bahawa "para wartawan dan orang awam mesti dilindungi menurut undang-undang kemanusiaan antarabangsa".
"Para wartawan bukan sasaran dan tindakan sengaja menyasarkan wartawan adalah jenayah perang," tegas CPJ lagi.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sehingga 1.8 juta orang di Carikan Gaza, atau hampir 80 peratus penduduk, terpaksa melarikan diri semasa pengeboman bertubi-tubi Israel.
Israel pula sudah berikrar akan menghancurkan Hamas yang berpangkalan di Gaza sebagai respons terhadap serangan pada 7 Oktober.

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.