Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS catat 17,432 kes cacar monyet; tertinggi di dunia

Amerika Syarikat (AS) mengesahkan lebih 17,000 kes cacar monyet, menurut data terkini oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

Anggaran Waktu Membaca:
AS catat 17,432 kes cacar monyet; tertinggi di dunia

Vesikel cacar monyet di tangan seorang individu yang dijangkiti penyakit itu. (Gambar: iStock)

LOS ANGELES: Amerika Syarikat (AS) mengesahkan lebih 17,000 kes cacar monyet, menurut data terkini oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

Sejumlah 17,432 kes cacar monyet yang diketahui sudahpun dilaporkan di seluruh negara setakat Jumaat (26 Ogos), lapor Xinhua, memetik data CDC.

Menurut data CDC, kes tertinggi adalah di New York dengan 3,124 kes, diikuti oleh California dengan 3,291 kes dan Florida dengan 1,739 kes.

Setakat ini, AS mencatatkan bilangan tertinggi kes cacar monyet di dunia.

Meskipun kes masih meningkat, secara nasional, kadar jangkitan wabak dilihat semakin perlahan, kata Pengarah CDC Rochelle Walensky.

Pegawai AS berkata vaksin cacar monyet tambahan tersedia kepada orang ramai mulai September, menurut laporan CBS News.

Pentadbiran Presiden Joe Biden mendapat kritikan berikutan tindak balasnya terhadap wabak cacar monyet, termasuk kegagalan untuk memesan vaksin yang mencukupi, tidak dapat mempercepatkan rawatan dan menyediakan saringan bagi mengekang wabak itu.

"Kita sepatutnya dapat membendung cacar monyet -- ia telah dikesan awal dan sudahpun mempunyai ujian, vaksin yang selamat dan rawatan yang berkesan. Tetapi disebabkan sistem kesihatan awam kekurangan dana yang kronik, ia sering kekurangan bekalan asas seperti ujian swab dan picagari, yang mengalami kekurangan sebanyak dua kali ganda berikutan pandemik COVID-19," menurut laporan The Hill.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan