Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Carian penerbangan ke Hong Kong naik lebih 2,000% susuli pelonggaran sekatan COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:

HONG KONG: Lebih ramai orang kini berminat untuk pergi ke Hong Kong susuli pemansuhan sekatan bagi pelancong asing.

Pencarian penerbangan ke bandar tersebut di sebuah laman tiket penerbangan popular melonjak lebih 2,000 peratus berbanding setahun lalu, lapor South China Morning Post. 

Agensi pelancongan online Trip.com menyatakan, pertanyaan bagi penerbangan ke Hong Kong meningkat lebih 20 kali ganda pada Selasa (13 Dis), iaitu hari pemerintah mengumumkan peralihan tersebut, berbanding hari yang sama setahun lalu. 

"Pelonggaran sekatan sejak beberapa bulan kebelakangan ini merancakkan pemulihan industri pelancongan," menurutnya. 

"Kami yakin permintaan bagi lawatan ke dalam dan luar negara akan terus meningkat pada bulan-bulan mendatang, yang akan merangsang lagi pemulihan industri pelancongan." 

Menurut syarikat itu minat paling tinggi bagi penerbangan ke Hong Kong diterima daripada  pengguna di Bangkok, Tokyo, Taipei, Seoul dan Osaka. 

Berbanding hari yang sama seminggu lalu, laman tersebut mencatatkan peningkatan lebih enam kali ganda bagi pertanyaan penerbangan ke Hong Kong dari Bangkok, Tokyo dan Osaka, manakala pencarian penerbangan di Seoul dan Taipei masing-masing meningkat 908 dan 233 peratus. 

Pencarian penerbangan ke Hong Kong dari pengguna di Vancouver, Toronto, London dan Sydney naik lebih 100 peratus pada Selasa berbanding seminggu lalu, manakala permintaan serupa naik lebih empat kali ganda di Singapura. 

Pegawai dalam industri dan wakil perniagaan bersetuju bahawa pelonggaran sekatan akan menarik lebih ramai pelancong, namun memberi amaran bahawa jumlah pelancong akan mengambil masa sebelum mencapai tahap sebelum pandemik disebabkan kapasiti syarikat penerbangan yang terhad, serta sekatan perjalanan rentas sempadan antara Hong Kong dan tanah besar China. 

Presiden Persatuan Pemilik Ejen Pelancongan Hong Kong, Encik Freddy Yip Hing-ning, berkata peningkatan dalam pencarian  penerbangan ke Hong Kong adalah satu tanda mengalakkan dan menunjukkan keinginan pelancong asing untuk melawat bandar tersebut. 

Namun, beliau memberi amaran bahawa perangkaannya tidak akan secara langsung mencerminkan jumlah pelancong yang akan datang ke Hong Kong, kerana ia akan mengambil masa bagi kebanyakan pelancong untuk kembali, terutama sekali mereka dari tanah besar. 

Encik Yip turut berkata, beliau menganggarkan bahawa industri pelancongan tempatan akan kembali ke tahap sebelum pandemik dalam masa setahun. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan