Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Cara menarik tanam sayur dalam baldi tanpa bahan berbahaya

Anggaran Waktu Membaca:

MALAYSIA: Dalam satu perkongsian di Facebook, pemilik akaun Nurwahidah Hambali berkongsi cara beliau menanam sayur kangkung dengan hanya menggunakan baldi sahaja. Lebih menarik lagi, cara penanaman ini tidak menggunakan racun serangga.

Cara ini boleh anda lakukan pada tanaman sayur-sayuran yang lain seperti kangkung, bayam, sawi dan ulam-ulam seperti selom, kesum, pudina, pegaga dan lain-lain, lapor Keluarga MY.

Menurut rencana itu, antara langkah menanam sayur di dalam baldi yang dilakukan adalah:

1. Sediakan tapis dan baldi yang sama saiz mukanya supaya tapis dapat duduk elok dalam baldi.

2. Isikan air dalam baldi (biasanya baldi 15 liter, isi air sekurang-kurangnya 10 liter) masukkan 50 mililiter Baja A dan 50 mililiter Baja B.

3. Pastikan air mencecah paras tapis tadi. Tidak terlalu tenggelam. Hanya paras tapis sahaja.

4. Tabur benih kangkong dalam tapis. Tidak perlu tanah atau apa-apa sahaja medium kerana benih kangkong besar. Kalau benih bayam, sawi dan kailan, boleh gunakan tuala sebagai alas dan tabur benih atas tuala.

5. Letakkan baldi tadi di tempat teduh selama tiga hingga empat hari sehingga benih tumbuh. Selepas itu boleh diletakkan di kawasan yang ada cahaya matahari.

6. Selepas tumbuh, semburkan dengan baja Sri Anak setiap seminggu dua kali atau sekali. Bancuh lima mililiter baja Sri Anak untuk satu liter air.

7. Selepas 25 hari sayur boleh dipetik dan dimasak.
Sumber : Sumber Web/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan