Skip to main content

Dunia

Canva umum pemberhentian kerja & perubahan jawatan libatkan 22% tenaga kerja

Syarikat reka bentuk grafik Australia, Canva, mengumumkan penyusunan semula besar-besaran yang menjejas 1,271 pekerja, atau sekitar 22% tenaga kerjanya, selepas pertumbuhan syarikat itu perlahan buat pertama kali dalam sedekad.

Anggaran Waktu Membaca:
Canva umum pemberhentian kerja & perubahan jawatan libatkan 22% tenaga kerja

Canva mengumumkan penyusunan semula besar-besaran yang menjejas sekitar 22% tenaga kerjanya. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 04 Nov 2026 01:32PM
Canva announces job cuts and role changes affecting 22% of its workforce
  • Canva announced a restructuring affecting 1,271 employees, about 22 per cent of its workforce, after the company’s growth slowed for the first time in a decade; the actual number of job cuts was not specified.
  • Chief Executive Officer Melanie Perkins attributed the changes to advances in AI, which are changing how content is produced and expectations of digital products.
  • Canva will bring its product, growth and platform teams together, streamline management and make Sydney its main product development hub; some staff may relocate.
  • From January 2027, most hybrid workers are expected to go to the office two to three days a week, while departing employees will be offered grants of US$10,000; the measures reflect the technology sector’s adjustment to AI automation, as seen at Atlassian and WiseTech Global.
Dijana oleh AI

SYDNEY: Syarikat reka bentuk grafik Australia, Canva, mengumumkan penyusunan semula besar-besaran yang menjejas 1,271 pekerja, atau sekitar 22% tenaga kerjanya, selepas pertumbuhan syarikat itu perlahan buat pertama kali dalam sedekad.

Pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Canva, Melanie Perkins, berkata perubahan tersebut melibatkan pemberhentian pekerja, pertukaran peranan dan pemindahan sebahagian kakitangan ke pusat operasi utama.

Bagaimanapun, jumlah sebenar pekerja yang akan diberhentikan tidak dinyatakan.

Dalam nota kepada kakitangan pada Rabu (4 Nov), Cik Perkins berkata perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) sedang mengubah cara pengguna menghasilkan kandungan serta jangkaan mereka terhadap produk digital.

Beliau menyifatkan penyusunan semula itu sebagai keputusan paling sukar sepanjang 13 tahun sejarah Canva.

Langkah tersebut diumumkan ketika syarikat-syarikat teknologi menyesuaikan operasi masing-masing dengan perkembangan AI dan perubahan keperluan perniagaan.

PASUKAN DIGABUNGKAN, OPERASI DIPERMUDAH

Sebagai sebahagian daripada penyusunan semula itu, Canva akan menggabungkan pasukan produk, pertumbuhan dan platformnya di bawah satu organisasi produk.

Langkah tersebut bertujuan mengurangkan proses penyerahan tugas antara pasukan, memudahkan struktur pengurusan serta mempercepat proses membuat keputusan.

Canva juga akan mengurangkan pengkhususan tugas tertentu dan memberi lebih banyak tanggungjawab kepada pasukan yang lebih kecil.

Sydney akan dijadikan pusat operasi utama bagi lebih banyak pasukan pembangunan produk, dengan sebahagian pekerja diminta berpindah lokasi.

Mulai Januari 2027, kebanyakan pekerja yang mengamalkan aturan kerja hibrid dijangka perlu hadir ke pejabat antara 2 dengan 3 hari seminggu.

Canva turut menawarkan geran AS$10,000 (S$12,793) kepada pekerja yang meninggalkan syarikat itu bagi menyokong usaha mereka pada masa depan.

SEKTOR TEKNOLOGI TERKESAN OLEH PERKEMBANGAN AI

Penyusunan semula Canva menyusuli langkah serupa oleh beberapa syarikat teknologi Australia yang sedang menyesuaikan operasi dan pelaburan mereka dengan perkembangan AI.

Pada Mac lalu, syarikat perisian Atlassian mengurangkan 1,600 pekerjaan bagi membiayai pelaburan lanjut dalam AI dan penjualan kepada pelanggan perusahaan.

Syarikat perisian WiseTech Global pula mengumumkan pengurangan hampir satu pertiga tenaga kerja globalnya pada Februari sebagai sebahagian daripada penyusunan semula selama 2 tahun.

Perkembangan itu mencerminkan perubahan dalam industri perisian apabila teknologi AI membolehkan lebih banyak tugas dilaksanakan secara automatik, sekali gus mengubah keperluan tenaga kerja.

Sumber : Reuters/Agensi Berita/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita