Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Canselor Jerman Olaf Scholz hilang undi yakin; pilihan raya mungkin lebih awal pada 23 Feb

Anggaran Waktu Membaca:
Canselor Jerman Olaf Scholz hilang undi yakin; pilihan raya mungkin lebih awal pada 23 Feb

Canselor Olaf Scholz. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 17 Dec 2024 08:09AM Dikemas Kini : 17 Dec 2024 08:11AM
BERLIN: Jerman akan mengadakan pilihan raya umum lebih awal pada 23 Februari tahun depan.

Ia berikutan kekalahan Canselor Olaf Scholz dalam undi tidak yakin di parlimen terhadap kepimpinan beliau.

Seramai 394 Anggota Parlimen menentang beliau, dengan 207 menyokong, manakala 116 AP, berkecuali.

Kekalahan Canselor Scholz dalam pengundian parlimen itu memang telah dijangkakan selepas pemerintah campuran tiga parti pimpinan beliau terlerai pada bulan lalu.

Parti Demokrat Bebas keluar daripada pemerintah campuran itu kerana bertikai mengenai soal hutang.

Ia menyebabkan parti Sosial Demokrat Canselor Scholz dan parti Hijau, hilang suara majoriti dalam parlimen.

Jerman mengalami pergolakan politik sedang negara itu berusaha untuk merancakkan semula ekonominya yang terjejas teruk oleh harga tenaga yang tinggi dan persaingan sengit dari China.

Jerman juga menghadapi cabaran-cabaran besar geo-politik seperti perang Rusia dengan Ukraine dan masa depan Pakatan pertahanan Barat NATO yang tidak pasti apabila Encik Donald Trump kembali menjadi Presiden Amerika Syarikat bulan depan.
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan