Canselor Jerman Olaf Scholz bakal lakukan lawatan rasmi ke SG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: (AFP/John Macdougall)
SINGAPURA: Canselor Jerman, Olaf Scholz akan membuat lawatan rasmi ke Singapura pada Isnin (14 Nov).
Ia merupakan lawatan pertamanya ke Singapura sebagai canselor Jerman, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan media pada Jumaat (11 Nov).
Lawatan Encik Scholz itu akan "mengesahkan hubungan dua hala antara Singapura dan Jerman yang disokong oleh hubungan peringkat tinggi dan kerjasama meluas dalam pelbagai sektor," tambah MFA.
Beliau akan menyampaikan ucaptama di Persidangan Asia-Pasifik mengenai Perniagaan Jerman ke-17 sebelum menghadiri upacara sambutan rasmi di Istana.
Beliau akan bertemu Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan diraikan dalam satu majlis jamuan makan malam negara.
Encik Scholz juga akan mengadakan sidang media bersama dengan Encik Lee.
Sejenis bunga orkid hibrid juga akan diberikan nama khas sempena kunjungan beliau.
Encik Scholz akan diiringi pegawai kanan dari Canselor Jerman dan delegasi perniagaan yang terdiri daripada CEO syarikat terkemuka Jerman.
Lawatan terakhir beliau ke Singapura adalah untuk Sidang Puncak Bandar Dunia pada Julai 2016 semasa beliau menjadi Datuk Bandar Hamburg Pertama.
Pelantikan Encik Scholz sebagai Canselor pada 8 Dis 2021, menamatkan pemerintahan konservatif di bawah Cik Angela Merkel selama 16 tahun.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.