Skip to main content

Dunia

Canselor Jerman Olaf Schloz bimbang kebangkitan parti haluan kanan dalam pilihan raya

Anggaran Waktu Membaca:
BERLIN: Canselor Jerman Olaf Schloz menyifatkan keputusan dua pilihan raya wilayah, yang menyaksikan kemenangan besar bagi parti AfD berhaluan kanan, dan kekalahan bagi parti gabungannya, sebagai "pahit".

Beliau juga menggesa parti arus perdana untuk membentuk pemerintah yang tidak melibatkan "pelampau sayap kanan".

Parti 'Alternative for Germany' (AfD) menjadi parti berhaluan kanan pertama untuk memenangi pilihan raya undangan negeri di Jerman, sejak Perang Dunia Kedua, yang diadakan pada hujung minggu di Thuringia.

Menurut unjuran pada lewat Ahad (1 Sep), parti tersebut menduduki tempat kedua di belakang parti konservatif, di Saxony.

Namun, parti AfD, yang dianggap sebagai "pelampau sayap kanan" oleh pegawai keselamatan di kedua-dua wilayah timur Jerman, tidak boleh memerintah kerana parti-parti lain enggan bekerjasama dengannya untuk menubuhkan majoriti.

Sekalipun demikian, parti nasionalis, antiimigresen dan mesra Rusia, bakal meraih kerusi yang cukup di kedua-dua wilayah, untuk menyekat keputusan yang memerlukan majoriti dua pertiga, seperti pelantikan hakim atau pegawai keselamatan tertinggi.

Ia sekaligus memberi kuasa kepada AfD, yang belum pernah berlaku sebelum ini.

"Keputusan AfD di Saxony dan Thuringia membimbangkan," kata Encik Scholz dalam satu kenyataan kepada Reuters.

Encik Scholz menjelaskan bahawa beliau bercakap sebagai penggubal undang-undang partinya, Demokrat Sosial (SPD) yang berhaluan tengah.

"Negara kita tidak boleh dan tidak boleh membiasakan diri dengan perkara ini. AfD merosakkan Jerman. Ia melemahkan ekonomi, memecahbelahkan masyarakat dan merosakkan reputasi negara."

Keputusan tersebut menjejas parti pakatan Encik Scholz, yang tidak begitu stabil, dengan negara itu
bakal mengadakan pilihan raya negara dalam kira-kira setahun lagi.

Kesemua tiga parti memerintah kehilangan undian. Hanya SPD meraih kadar lima peratus yang diperlukan untuk kekal di parlimen kedua-dua wilayah.

Keputusan pada Ahad juga mungkin menggesa pemerintah Jerman untuk bertindak lebih keras terhadap isu imigresen dan memperhebatkan perdebatan mengenai sokongan terhadap Ukraine.

Kedua-dua isu itu mendominasi kempen pilihan raya tersebut.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita