Canselor Jerman bincang soal Ukraine semasa lawatan pertama ke China
Anggaran Waktu Membaca:

Canselor Jerman, Olaf Scholz bertemu Presiden China, Xi Jinping di Beijing pada 4 November 2022. (Gambar: Kay Nietfeld / POOL / AFP)
BEIJING: Canselor Jerman, Olaf Scholz bertemu Presiden China, Xi Jinping di Beijing pada Jumaat (4 Nov).
Ia merupakan lawatan pertama Encik Scholz ke China sejak menyandang jawatan itu.
Canselor Scholz juga adalah pemimpin pertama dari kumpulan G7 yang melawat Beijing sejak pandemik COVID-19 melanda.
Semasa pertemuan mereka, pemimpin Jerman itu memberitahu Presiden Xi, beliau mahu membangunkan lagi kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara walaupun mereka mempunyai perspektif yang berbeza.
Presiden Xi pula berkata China dan Jerman perlu bekerjasama untuk keamanan dunia terutama sekali dalam keadaan yang berubah dan bergolak sekarang.
Lawatan itu dilakukan di tengah-tengah gesaan yang semakin memuncak agar gabungan parti Encik Scholz menyemak semula dasarnya berhubung China, dan kebimbangan mengenai kebergantungan komersil Berlin terhadap kuasa ekonomi global itu.
Semasa lawatan itu, Canselor Jerman juga dijangka akan berunding berhubung pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, dengan harapan China dapat meyakinkan Rusia untuk menamatkan permusuhan itu.

Sumber : Reuters/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.