Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Campuran vaksin Pfizer, AstraZeneca dengan Moderna hasilkan tindak balas imun lebih baik

Satu kajian yang dijalankan oleh Britain berhubung campuran vaksin COVID-19 mendedahkan bahawa orang ramai mempunyai tindak balas imun yang lebih baik apabila mereka menerima dos pertama vaksin AstraZeneca atau Pfizer-BioNTech disusuli dengan Moderna sembilan minggu kemudian.

Anggaran Waktu Membaca:
Campuran vaksin Pfizer, AstraZeneca dengan Moderna hasilkan tindak balas imun lebih baik

Seorang pekerja jagaan kesihatan menyediakan dos vaksin COVID-19 di sebuah pusat vaksinasi di SIngapura pada 21 Okt 2021. (Gambar: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 07 Dec 2021 01:00PM Dikemas Kini : 07 Dec 2021 12:22PM

LONDON: Satu kajian yang dijalankan oleh Britain berhubung campuran vaksin COVID-19 mendedahkan bahawa orang ramai mempunyai tindak balas imun yang lebih baik apabila mereka menerima dos pertama vaksin AstraZeneca atau Pfizer-BioNTech disusuli dengan Moderna sembilan minggu kemudian, menurut hasil kajian yang diterbitkan pada Isnin (6 Dis).

"Kami mendapati terdapat tindak balas imun yang sangat baik... malah, lebih tinggi daripada had yang ditetapkan oleh dua dos vaksin Oxford-AstraZeneca," kata Matthew Snape, seorang profesor dari Oxford yang menjalankan kajian yang diberi nama Com-COV2, kepada Reuters.

Hasil dapatan yang menyokong langkah untuk menggabungkan dos vaksin adalah satu berita yang baik bagi negara-negara miskin dan berpendapatan pertengahan yang mungkin perlu menggabungkan jenama vaksin yang berbeza bagi dos pertama dan kedua jika bekalan vaksin adalah rendah atau menjadi tidak stabil.

"Saya fikir data daripada kajian ini terutama sekali menarik dan berguna kepada negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana yang masih melaksanakan pemberian dua dos pertama," kata Snape.

"Kami menunjukkan... bahawa anda tidak perlu menghadkan diri untuk mendapatkan vaksin yang sama bagi dos kedua... dan jika program vaksinasi dapat dilaksanakan dengan lebih pantas menerusi pemberian vaksin-vaksin berbeza, justeru ia okey untuk berbuat demikian."

Jika vaksin AstraZeneca-Oxford diberikan selepas vaksin Moderna atau Novavax, jumlah antibodi lebih tinggi dan tindak balas T-Cell dihasilkan berbanding dengan pengambilan hanya dua dos AstraZeneca-Oxford, menurut para pengkaji di Universiti Oxford.

Kajian yang melibatkan 1,070 relawan itu juga mendapati bahawa satu dos vaksin Pfizer-BioNTech diikuti dengan dos Moderna adalah lebih baik berbanding dengan dua dos vaksin Pfizer-BioNTech.

Pengambilan vaksin Pfizer-BioNTech diikuti dengan Novavax menghasilkan lebih banyak antibodi berbanding dengan dua dos vaksin Oxford-AstraZeneca, meskipun suntikan kedua-dua dos itu menghasilkan jumlah antibodi dan tindak balas T-Cell yang lebih rendah berbanding dengan pengambilan dua dos vaksin Pfizer-BioNTech.

Tiada keprihatinan keselamatan yang ditimbulkan, menurut kajian Universiti Oxford yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Lancet.

Kebanyakan negara mengambil pendekatan untuk menggabungkan dos-dos vaksin sebelum data menyeluruh disediakan. Ini sedang beberapa negara berdepan jumlah kes jangkitan yang melonjak dan bekalan vaksin yang rendah serta kadar imunisasi yang lembap disebabkan oleh keprihatinan keselamatan.

Sumber : Reuters/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa