Calon utama PM Thailand akan cuba sekali lagi tubuh kerajaan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Lillian Suwanrumpha)
BANGKOK: Calon utama untuk menjadi perdana menteri Thailand seterusnya pada Sabtu (15 Jul) berkata, beliau akan menarik diri daripada pencalonannya jika parlimen tidak menyokongnya minggu depan.
Ini selepas penggubal undang-undang yang dilantik tentera menggagalkan percubaan pertamanya.

Pita Limjaroenrat dari Parti Move Forward (MFP) memenangi kerusi paling banyak dalam pilihan raya umum 14 Mei, didorong oleh golongan muda rakyat Thailand yang inginkan pembaharuan progresif selepas sembilan tahun ditadbir kerajaan yang disokong tentera.
Namun, kempen jutawan yang menerima pendidikan di Harvard itu untuk memimpin kerajaan seterusnya dihambat pada Khamis (13 Jul) lalu oleh para senator di parlimen yang menganggap janjinya untuk mengubah undang-undang fitnah diraja sebagai garis merah.
Badan perundangan itu akan mengadakan undian kedua pada Rabu (19 Jul). Encik Pita berkata beliau akan menyokong calon dari rakan gabungan, Pheu Thai, jika beliau gagal untuk mendapatkan undian yang diperlukan.
"BANTU MISI JADI PERDANA MENTERI"
Kesemua 250 senator dilantik di bawah pelembagaan yang ditubuhkan junta, yang dikatakan penganalisis politik Thitinan Pongsudhirak sebagai penghalang yang boleh diharapkan terhadap platform reformis MFP.
"Ia adalah cara untuk pihak berkuasa dan rejim itu kekal berkuasa dalam jangka panjang dan menghalang kerajaan prodemokrasi yang akan menentang mereka," kata Encik Pongsudhirak kepada AFP pada Jumaat (14 Jul).
Encik Pita menggesa penyokongnnya pada Sabtu supaya menjadi "kreatif" dalam usaha menggesa para senator supaya menyokongnya dalam pusingan seterusnya.
Hartawan hartanah Srettha Thavisin, 60 tahun, dikatakan akan menjadi calon perdana menteri Pheu Thai jika percubaan Encik Pita gagal sekali lagi.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.