Calon utama PM Bangladesh tolak tawaran bentuk pemerintah perpaduan, yakin partinya akan menang
Calon utama perdana menteri Bangladesh, Tarique Rahman, pada Jumaat (6 Feb) menolak cadangan daripada pencabar utamanya untuk membentuk pemerintah perpaduan selepas pilihan raya pada minggu depan, sambil berkata bahawa parti beliau yakin ia mampu menang dengan sendirinya.
Anggaran Waktu Membaca:
DHAKA: Calon utama perdana menteri Bangladesh, Tarique Rahman, pada Jumaat (6 Feb) menolak cadangan daripada pencabar utamanya untuk membentuk pemerintah perpaduan selepas pilihan raya pada minggu depan, sambil berkata bahawa parti beliau yakin ia mampu menang dengan sendirinya.
Encik Rahman, 60 tahun, yang mengetuai Parti Bangladesh Nasionalist (BNP), pulang ke tanah air pada Disember selepas hampir dua dekad dalam buangan di London, menyusuli satu kebangkitan yang dipimpin golongan muda yang menggulingkan pemimpin lama Sheikh Hasina, seteru ibunya, mantan perdana menteri wanita pertama negara itu, Khaleda Zia.
Pencabar utama BNP dalam pilihan raya pada 12 Februari adalah kumpulan berhaluan Islam Jamaat-e-Islami, yang pernah diharamkan tetapi kini kembali berpengaruh.
Kedua-dua parti itu pernah memerintah bersama antara 2001 dengan 2006, dan Jamaat berkata ia terbuka untuk memperbaharui kerjasama bagi membentuk pemerintah perpaduan demi menstabilkan negara, yang industri pakaian berskala besarnya mengalami gangguan teruk akibat berbulan-bulan pergolakan pada 2024.
Bangladesh ditadbir sebuah pemerintah sementara sejak Ogos 2024, apabila Cik Hasina melarikan diri ke India, sekutu lamanya. Beliau masih berada di negara berkenaan.
“Bagaimana saya boleh membentuk pemerintah bersama lawan politik saya, dan kemudian siapa pula yang akan menjadi pembangkang?” kata Encik Rahman dalam satu temu bual di pejabat partinya, sambil duduk di bawah potret ibu dan bapanya, seorang mantan presiden.
“Saya tidak tahu berapa jumlah kerusi mereka, tetapi jika mereka berada dalam pihak pembangkang, saya berharap mereka akan menjadi pembangkang yang baik.”
Pembantu-pembantunya berkata BNP yakin ia akan memenangi lebih dua pertiga daripada 300 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Parti itu bertanding untuk mendapatkan 292 kerusi, manakala sekutunya bersaing untuk mendapatkan kerusi selebihnya.
Encik Rahman enggan menyatakan angka khusus tetapi berkata, “kami yakin akan mempunyai jumlah yang mencukupi untuk membentuk sebuah pemerintah”.
Semua tinjauan pendapat meramalkan kemenangan bagi BNP, namun turut menjangkakan cabaran sengit daripada gabungan Jamaat, yang merangkumi sebuah parti Generasi Z yang terbentuk daripada tunjuk perasaan anti-Hasina yang dipimpin golongan muda.
HUBUNGAN BAIK DI PERINGKAT GLOBAL
Keputusan New Delhi memberi perlindungan kepada Cik Hasina, yang tahun lalu dijatuhi hukuman mati oleh sebuah mahkamah di Dhaka atas peranannya berhubung tindakan keras yang diambil, menjejaskan hubungan Bangladesh-India, sekali gus memberi peluang kepada China untuk memperluas pelaburan serta pengaruh politiknya.
Apabila ditanya sama ada beliau akan mengalihkan tumpuan daripada India kepada China sekiranya beliau menang, Encik Rahman berkata Bangladesh memerlukan rakan kongsi yang mampu merangsang pertumbuhan ekonomi bagi hampir 175 juta penduduknya.
“Jika kami berada dalam pemerintah, kami perlu menyediakan pekerjaan untuk golongan muda. Kami perlu membawa perniagaan masuk ke negara ini supaya pekerjaan dapat diwujudkan dan rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik,” kata beliau.
“Jadi sesiapa sahaja, sambil melindungi kepentingan dan kedaulatan Bangladesh, menawarkan apa yang sesuai untuk rakyat dan negara saya, kami akan menjalinkan persahabatan dengan mereka, bukan dengan mana-mana negara tertentu.”
Apabila ditanya sama ada anak-anak Cik Hasina bebas untuk pulang dari luar negara dan terlibat dalam politik, beliau berkata: “Jika seseorang diterima oleh rakyat, jika rakyat menyambut mereka, maka sesiapa pun mempunyai hak untuk berpolitik.”
Awami League pimpinan Cik Hasina dilarang bertanding dalam pilihan raya akan datang. Ramai pemimpin kanan dan anggota keluarganya sudah berada di luar negara sebelum kejatuhan beliau atau melarikan diri sekitar tempoh tersebut.
KEHADIRAN ROHINGYA DIALU-ALUKAN SEHINGGA SELAMAT UNTUK PULANG
Bangladesh, antara negara yang paling padat dengan penduduk di dunia dengan kadar kemiskinan teruk yang tinggi, menempatkan hampir 1.2 juta pelarian Rohingya yang beragama Islam, kebanyakannya melarikan diri daripada beberapa siri tindakan keras di Myanmar yang majoritinya merupakan penganut Buddha, di mana mereka dianggap sebagai orang asing.
Pemerintah sementara menyatakan tahun lalu ia tidak mempunyai keupayaan untuk memperuntukkan sumber tambahan bagi golongan pelarian tersebut “memandangkan pelbagai cabaran yang dihadapi” dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk membantu dalam memulangkan mereka ke negara asal.
Encik Rahman berkata beliau juga mahu mereka pulang, namun hanya dalam keadaan yang selamat.
“Kami akan cuba menangani isu ini supaya mereka dapat kembali ke tanah air mereka,” kata beliau. “Keadaan mesti selamat untuk mereka pulang ke sana. Selagi ia belum selamat, mereka amat dialu-alukan untuk terus tinggal di sini.”

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.