Calon utama PM Bangladesh pulang ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Tarique Rahman, calon utama sebagai perdana menteri Bangladesh seterusnya, kembali ke tanah air selepas 17 tahun hidup dalam buangan menjelang pilihan raya umum yang bersejarah.
Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI: Tarique Rahman, calon utama sebagai perdana menteri Bangladesh seterusnya, kembali ke tanah air selepas 17 tahun hidup dalam buangan menjelang pilihan raya umum yang bersejarah.
Individu berusia 60 tahun itu adalah tokoh utama dalam keluarga Zia yang berpengaruh dan anak kepada mantan perdana menteri Bangladesh, Khaleda Zia.
Parti pimpinannya, Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) kini mengintai peluang untuk kembali ke tampuk kepimpinan apabila Bangladesh mengadakan pilihan raya menjelang tahun baharu.
Encik Rahman yang tinggal di London sejak 2008, dijangka menjadi pemimpin baharu engara itu sekiranya BNP muncul sebagai parti terbesar.
Kepulangan Encik Rahman berlaku selepas mantan Perdana Menteri Sheikh Hasina digulingkan pada tahun lalu.
Beliau sebelum ini menjadi tumpuan utama dalam pelbagai siasatan jenayah yang dilancarkan ketika Parti Liga Awami pimpinan Hasina masih berkuasa, namun beliau dibebaskan daripada semua tuduhan apabila rejimnya tumbang.
Hasina kini hidup dalam buangan di India dan partinya berkemungkinan tidak dibenarkan menyertai pilihan raya, yang dianggap orang ramai sebagai antara yang paling penting dalam sejarah Bangladesh.
Pada bulan lalu, Hasina dijatuhi hukuman mati atas peranannya menindas bantahan anti-pemerintah.
Menurut para penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga 1,400 orang maut dalam rusuhan yang dipimpin oleh kumpulan pelajar itu.
Hasina, yang dibicarakan tanpa kehadirannya, menafikan dirinya melakukan jenayah terhadap kemanusiaan.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.