Calon Timbalan Speaker DUN Melaka diumum hujung Jun ini
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
ALOR GAJAH: Calon Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan umumkan pada Jun ini, kata Speaker DUN Ibrahim Durum.
Katanya setakat ini kerajaan negeri sudah menerima dua nama bagi pelantikan tersebut namun enggan mendedahkan sama ada calon itu daripada Barisan Nasional atau Pakatan Harapan (PH).
"Kita masih berbincang untuk mengenal pasti calon yang layak memandangkan Timbalan Speaker sebelum ini iaitu Khaidhiriah Abu Zahar telah pun dilantik sebagai Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET.
"Senarai akhir itu hanya akan diumumkan beberapa hari sebelum sidang DUN atau pada hari berkenaan yang dijangka pada penghujung Jun ini," katanya kepada para wartawan di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang dianjurkannya bersama ADUN Kuala Linggi Rosli Abdullah.
Encik Ibrahim berkata beliau tidak menolak kemungkinan calon tersebut daripada PH.
"Sudah semestinya pemilihan ini akan mencerminkan Kerajaan Perpaduan yang sedang diperkukuhkan di Melaka. Jadi kita tunggu sahaja pengumuman rasmi nanti pada sidang DUN nanti," katanya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.