Calon reformis Masoud Pezeshkian menang pilihan raya presiden Iran
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/ATTA KENARE)
TEHRAN: Calon reformis Iran Masoud Pezeshkian pada Sabtu (6 Jul) memenangi pilihan raya penentu atau pusingan kedua, mengalahkan calon ultrakonservatif Saeed Jalili, kata Menteri Dalam Negeri Iran.
Encik Pezeshkian meraih lebih daripada 16 juta undian manakala Encik Jalili meraih lebih 13 juta undian daripada keseluruhan kira-kira 30 juta undian, kata jurucakap pihak berkuasa pilihan raya Mohsen Eslami, sambil menambah kadar mengundi mencapai 49.8 peratus.
Jumlah undi rosak dilaporkan lebih daripada 600,000.
Encik Pezeshkian berkata, undian itu adalah permulaan "kerjasama" dengan rakyat Iran.
Pilihan raya tersebut, yang diadakan lebih awal menyusuli kematian mantan Presiden Ebrahim Raisi yang maut dalam nahas helikopter, tidak mendapat sambutan hebat pada pusingan pertama minggu lalu.

Ia juga diadakan di tengah-tengah ketegangan di rantau tersebut, pertikaian bersama negara-negara Barat berkaitan program nuklear Iran dan sekatan ke atas ekonomi negara itu yang tidak disenangi rakyat tempatan.
SOKONGAN REFORMIS
Pada pusingan pertama minggu lalu, Encik Pezeshkian, iaitu satu-satunya calon reformis yang dibenarkan bertanding, memenangi undian terbesar, kira-kira 42 peratus. Encik Jalili pula berada di tempat kedua dengan kira-kira 39 peratus, umum pihak berkuasa pilihan raya Iran.
Parti gabungan reformis utama Iran menyokong Encik Pezeshkian, dengan sokongan oleh mantan presiden Mohammad Khatami dan Hassan Rouhani, yang berhaluan sederhana.
Encik Pezeshkian, seorang pakar bedah jantung berusia 69 tahun, menggesa agar "hubungan membina" dijalinkan dengan negara-negara Barat untuk menghidupkan semula perjanjian nuklear, supaya dapat "membebaskan Iran daripada pengasingan".
Encik Jalili, 58 tahun, adalah bekas perunding nuklear Iran, yang diiktiraf secara meluas atas pendirian antiBaratnya yang tidak berkompromi.
Sebelum pilihan raya penentu pada Jumaat (5 Jul), kedua-dua calon menyertai dua perdebatan yang disiarkan, di mana mereka membincangkan tentang jumlah pengundi yang rendah, serta ekonomi Iran yang teruk, hubungan antarabangsa dan sekatan internet.
Encik Pezeshkian berjanji untuk melonggarkan sekatan internet yang sudah lama wujud, dan menentang "sepenuhnya" rondaan polis yang menguatkuasakan pemakaian tudung.
Ia merupakan isu berprofil tinggi sejak kematian Mahsa Amini pada 2022, yang berada dalam tahanan polis ketika itu.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.