Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Calon PRU15 ingin tawan hati peniaga

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Para peniaga di Malaysia mengharapkan kemantapan politik bagi mengembalikan keyakinan, tidak kira perikatan mana yang bakal membentuk kerajaan baru selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Namun ramai masih belum pasti jika keputusan PRU15 akan dapat menghuraikan pelbagai cabaran yang dihadapi Malaysia termasuk kekurangan pekerja dan nilai Ringgit yang merosot.

Dalam persaingan ke Putrajaya, para ahli politik yang bertanding melakukan apa saja untuk memenangi hati para pengundi.

Ini termasuk menyanyi di khalayak ramai.

Perdana Menteri sementara Ismail Sabri Yaakob turut berkongsi pengalamannya kepada para peniaga kecil.

"Saya menjadi pejaja, menjual limau di kaki lima, menjual ikan," kata Encik Sabri.

Beliau turut menjanjikan bayaran tunai seperti termaktub dalam belanjawan negara yang telah dibentangkan kerajaan pimpinann ya tetapi belum diluluskan lagi.

PRU15 menyaksikan persaingan tiga perikatan utama, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) merebut 222 kerusi parlimen, bagi membentuk kerajaan di Putrajaya.

Namun bagi para peniaga, mereka hanya mahukan kemantapan di Malaysia dan tiada lagi kekecohan.

"Orang ramai masih bergelut selepas terjejas lebih dua tahun. Ia tidak akan ambil tempoh masa yang pendek untuk pulih semula," kata Encik Abdul Malik Abdullah, Pengerusi, Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia.

Tetapi persoalannya pihak mana yang berpotensi untuk menawarkan kemantapan yang diperlukan.

"Bagaimana dia nak menguruskan negara, menentukan hala tuju negara oleh orang yang naik turun mahkamah. Pendek kata BN "no go"," ungkap Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional.

Dengan lebih banyak parti menawarkan pelbagai janji untuk para pengundi Melayu, ia memecah-belahkan undi orang Melayu.

Para pengamat berpendapat ia mungkin memberikan Pakatan Harapan yang berbilang kaum, kelebihan jika jumlah pengundi lebih ramai.
 
Sumber : CNA/AA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan