Calon pro-China Mohamed Muizzu menang pilihan raya Presiden Maldives
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP/Mohamed Afrah
NEW DELHI: Calon pro-China Mohamed Muizzu bakal menjadi Presiden baharu Maldives selepas mengalahkan penyandang Presiden Ibrahim Mohamed Solih dalam pilihan raya penentu pada Sabtu (30 Sep).
Pusingan kedua pilihan raya dilaksanakan memandangkan tiada calon yang memperoleh kemenangan pada pusingan pertama yang diadakan 8 September lalu.
Encik Muizzu, 45 tahun, merupakan mantan Menteri Perumahan dan Datuk Bandar Male.
Beliau muncul sebagai calon parti pembangkang Parti Progresif Maldives (PPM) dan Kongres Nasional Progresif (PNC) selepas pilihan pertama mereka dan mantan Presiden Abdulla Yameen tidak dapat menyertai pemilihan presiden kerana sedang menjalani hukuman penjara 11 tahun atas kesalahan rasuah.
Encik Yameen dan penyokongnya berkata tuduhan terhadapnya adalah bermotifkan politik dan menuntut pembebasannya.
Encik Muizzu memperoleh 54.06 peratus undi berbanding Encik Solih, 61, yang sekadar mendapat 46 peratus undi.
Encik Solih akan berkhidmat sebagai Presiden sementara sehingga pemimpin baharu itu secara rasmi memegang jawatan pada 17 November.
Encik Muizzu menerajui parti yang mempengerusikan kemasukan pinjaman China ketika kali terakhir memegang kuasa di negara itu.
Beliau juga memainkan peranan penting dalam program pembangunan pemerintah terdahulu, sebahagiannya dibiayai oleh sumbangan kewangan daripada inisiatif infrastruktur Jaluran Ekonomi Laluan Sutera China (Belt and Road).
Beliau memberitahu satu pertemuan dengan pegawai Parti Komunis China tahun lalu bahawa jika partinya kembali memimpin negara akan "mengukuhkan lagi hubungan kukuh kedua-dua negara kita".
Encik Solih yang dipilih pada 2018 dianggap terlalu dekat dengan pengaruh India dan telah mencetuskan isu kepada penyokong pembangkang.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.