Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Calon PN DUN Tioman Md Yunus Ramli meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Calon PN DUN Tioman Md Yunus Ramli meninggal dunia

Gambar: MalaysiaGazette

Diterbitkan : 19 Nov 2022 07:37AM Dikemas Kini : 19 Nov 2022 07:46AM

ROMPIN: Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman Md Yunus Ramli, 61 tahun meninggal meninggal dunia pada jam 3.30 pagi pada Sabtu (19 Nov).

Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud kepada Bernama. 

Allahyarham Md Yunus daripada PAS yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi sama pada PRU14 merupakan Ketua Pas Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihanraya Kecil  DUN Tioman.

Allahyarham dilaporkan mengadu sakit dada dan dibawa ke Hospital Rompin oleh anaknya untuk menerima rawatan pada jam 3.00 pagi tadi.

Allahyarham Md Yunus juga dilaporkan menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan mengalami masalah jantung.

Pada Oktober tahun lalu beliau pernah dirawat di Hospital Rompin kerana serangan jantung.

Sementara itu sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika dihubungi berkata, pihaknya akan memutuskan berhubung status pilihan raya di kawasan tersebut, lapor MalaysiaGazette.

Bagi PRU15, DUN Tioman menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Md Yunus, Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan) dan Mohd Johari Hussain (Barisan Nasional).

Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan