Calon PN Ahmad Faizal Azumu balas dengan senyuman meski dipanggil 'pengkhianat'
Anggaran Waktu Membaca:
TAMBUN: Suasana di pusat penamaan calon (PPC) Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Tambun pagi ini ‘hangat’ berikutan hanya jarak 10 meter memisahkan persimpangan tempat penyokong Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).
Dalam keriuhan penyokong kedua-dua parti, calon PN yang juga penyandang kerusi Tambun, Ahmad Faizal Azumu dilihat tidak berkecil hati dengan sorakan ‘pengkhianat’ oleh penyokong PH, malah beliau sempat mengangkat tangan dengan senyuman mekar ke arah kumpulan itu.
Bagaimanapun, pasukan polis mengawal dengan ketat untuk mengelakkan provokasi melampau antara kedua-dua kumpulan penyokong itu.
Ahmad Faizal yang lebih mesra dikenali sebagai Peja, dilihat memasuki PPC sekitar pukul 8.50 pagi diiringi calon PN untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, Hafez Sabri dan Puteri Holijah Mohd Rali (DUN Hulu Kinta).
Awal dari itu, calon PH yang juga Pengerusi PH, Anwar Ibrahim memasuki PPC diiringi calon DUN Hulu Kinta, Muhammad Arafat Varisai Mahamad dan calon DUN Manjoi, Asmuni Awi.
Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) Aminuddin Md Hanafiah memasuki PPC dari persimpangan bertentangan diiringi calon DUN Hulu Kinta, Mazlan Abdul Rahman dan calon DUN Manjoi, Azizul Kama Abd Aziz.
Pada PRU14 (2018), Ahmad Faizal berjaya merampas kerusi Tambun daripada penyandang ketika itu Ahmad Husni Hanadzlah dengan majoriti 5,320 undi.
Untuk PRU15, persaingan di Tambun antara menjadi tumpuan negara selepas Encik Anwar mengumumkan akan
menjadikan Parlimen itu dan Perak sebagai pusat barisan hadapan untuk PH menawan Putrajaya.
Bagaimanapun, pandangan awal pemerhati berpendapat, kerusi itu bukan laluan mudah untuk bekas Timbalan Perdana Menteri itu memandangkan berdasarkan perpecahan dalam kalangan 65 peratus pengundi Melayu, serta peningkatan hampir 60,000 pengundi baru ekoran pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pengundi automatik.
Pengurus Pilihan Raya Parlimen Tambun dijangka mengumumkan senarai rasmi mereka yang bertanding di Parlimen itu kira-kira pada 11.00 pagi selepas selesai tempoh bantahan.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.