Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Calon PM beragama Islam janji beri taraf wilayah autonomi bagi Selatan Thailand

Seorang pemimpin Islam terkemuka yang bertanding bagi merebut jawatan perdana menteri di Thailand berjanji untuk memberikan taraf wilayah autonomi di selatan negara itu di mana pemberontakan berlaku sejak berdekad lamanya. Demikian lapor agensi berita Turki Anadolu yang memetik media Thailand.

Anggaran Waktu Membaca:
Calon PM beragama Islam janji beri taraf wilayah autonomi bagi Selatan Thailand

Pemimpin Parti Prachachat Encik Wan Muhammad Nor Matha. (Gambar: Madaree Tohlala/AFP)

Diterbitkan : 14 Feb 2019 10:39PM Dikemas Kini : 14 Feb 2019 10:45PM

THAILAND: Seorang pemimpin Islam terkemuka yang bertanding bagi merebut jawatan perdana menteri di Thailand berjanji untuk memberikan taraf wilayah autonomi di selatan negara itu di mana pemberontakan berlaku sejak berdekad lamanya. Demikian lapor agensi berita Turki Anadolu yang memetik media Thailand.

Encik Wan Muhammad Nor Matha, pemimpin Parti Prachachat yang baru ditubuhkan, pada Rabu (13 Feb) mengumumkan pencalonannya secara rasmi dalam pilihan raya umum Thailand pada 24 Mac depan, lapor akhbar harian Bangkok Post.

“(Ia merupakan) pertempuran politik saya yang terakhir,” katanya dalam satu mesyuarat di wilayah selatan Songkhla yang dihadiri 400 ulama dari 399 masjid.

“Walaupun saya berusia lebih 70 tahun, saya sedia berkhidmat sebagai perdana menteri,” kata Encik Wan Muhammad Noryang pernah berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri Thailand.

Menyifatkan partinya sebagai “benar-benar mewakili masyarakat pelbagai budaya,” Encik Wan Muhammad Nor berkata Prachachat adalah sebuah “parti politik untuk rakyat semua kaum dan agama.” 

Thailand akan mengadakan pilihan raya buat kali pertama sejak rampasan kuasa berlaku pada 2014.

Negara Asia Tenggara itu kini berdepan pemberontakan di bahagian selatan yang berlaku sejak berdekad lamanya di mana kumpulan majoriti penduduknya yang beragama Islam menuntut diberikan sama ada kemerdekaan atau autonomi lebih besar.

“Parti kami menyokong lebih banyak penglibatan umum dan rundingan bagi membolehkan rakyat menentukan masa depan mereka. Kami juga akan memberikan kuasa autonomi kepada pentadbiran tempatan,” kata beliau pada mesyuarat itu. 

Sementara itu, Panglima Tentera Thailand Apirat Kongsompong pada Rabu menafikan khabar angin mengenai satu rampasan kuasa.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan