Calon PAS mahu jadikan Port Dickson hab pengeluaran Musang King
Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson Encik Mohd Nazari Mokhtar berhasrat menjadikan daerah itu sebagai hab pengeluaran durian Musang King terkemuka di Asia sekiranya beliau mendapat mandat rakyat pada 13 Oktober ini.

Encik Mohd Nazari Mokhtar. (Gambar: Lt. Kol. Haji Mohd Nazari Mokhtar/Facebook)
PORT DICKSON: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson Encik Mohd Nazari Mokhtar berhasrat menjadikan daerah itu sebagai hab pengeluaran durian Musang King terkemuka di Asia sekiranya beliau mendapat mandat rakyat pada 13 Oktober ini.
Pengusaha tanaman durian Musang King di Kulai, Johor itu juga mahu menjadikan raja buah tersebut sebagai ikon baru pelancongan di Port Dickson.
Pesara Tentera Udara Diraja Malaysia itu, berkata perancangan tersebut dilihat mampu menjadi tarikan terbaru pelancong ke pusat peranginan itu sekali gus dapat menjadi pemangkin ekonomi penduduk setempat.
“Di sini (Port Dickson) banyak tanah tetapi tidak diusahakan dan sekiranya saya diberi mandat oleh rakyat untuk menjadi pemimpin mereka, saya akan pastikan kawasan ini diusahakan dengan tanaman durian Musang King.
“Kita boleh mewujudkan pakej pelancongan baru merangkumi percutian ke pantai, melawat dusun-dusun serta makan durian Musang King yang cukup digemari pelancong dari China, Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong,” katanya kepada Bernama, hari ini (7 Okt).
Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera itu berkata perkara tersebut tidak mustahil dilaksanakan seperti mana Perlis terkenal dengan mangga harumanis.
PRK Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Encik Mohd Nazari,
Ketua Umum PKR Encik Anwar Ibrahim dan lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Encik Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Encik Anwar, Encik Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.