Calon Naib Presiden AS akan berdebat esok
Calon Naib Presiden dari kedua-dua parti, Mike Pence dan Kamala Harris akan berdebat di Salt Lake City, Utah pada Khamis (7 Okt).
NEW YORK: Calon Naib Presiden dari kedua-dua parti, Mike Pence dan Kamala Harris akan berdebat di Salt Lake City, Utah pada Khamis (7 Okt).
Pentas perdebatannya akan dipasang panel-panel pelindung.
Cik Harris meminta panel itu dipasang sebagai satu langkah mencegah penularan COVID-19.
Ini memandangkan Encik Pence, baru-baru ini, berada dekat dengan Presiden Trump, yang disahkan positif COVID-19 pada Jumaat lalu (2 Okt).
Bagaimanapun, Encik Pence dilaporkan tidak mahu panel-panel itu dipasang.
Anda boleh ikutinya secara langsung perdebatan calon-calon Naib Presiden Amerika, menerusi saluran CNA mulai 9 pagi pada Khamis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.