Calon muda muka baru Barisan Nasional jadi faktor 'wow' tarik pengundi muda
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Agensi Berita
JITRA: Langkah Barisan Nasional (BN) mengetengahkan 70 peratus muka baru sebagai calon Pilihan raya Umum Ke-15 (PRU15) Malaysia mampu menarik sokongan pengundi muda.
Setiausaha Pemuda UMNO, Hasmuni Hassan, berkata berdasarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor sebelum ini, formula berkenaan berjaya memberi keputusan yang baik kepada BN yang pada waktu itu menawarkan 84 dan 79 peratus calon muka baru, seperti dinukil daripada BH Online.
Malah katanya, pengalaman pada PRU14 menjadi sandaran kepada semua rakyat termasuk pengundi muda untuk memberikan mandat kepada parti yang mampu membela nasib rakyat selepas PRU15.
"Di seluruh negara kita ada 5.5 juta pengundi muda berusia 40 tahun ke bawah dan di Kedah pula, lebih 800,000 daripada keseluruhan 1.5 juta pengundi termasuk dalam golongan berkenaan.
"Jadi kehadiran muka baru dalam kalangan orang muda dalam senarai calon dilihat sebagai tawaran baru BN kepada golongan ini. Langkah itu mampu menjadi faktor 'wow' kepada pengundi muda ketika parti berusaha menggunakan pelbagai medium baru untuk memenangi hati mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan di majlis makan malam bersama pengamal media di Darulaman Golf & Country Club (DGCC) di Jitra pada Ahad malam (23 Okt), lapor BH Online.
Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan minggu lalu berkata, BN akan menampilkan sekurang-kurangnya 70 peratus muka baru sebagai calon untuk bertanding dalam PRU15.
Encik Hasmuni berkata pihaknya akan berusaha untuk meyakinkan anak muda berusia antara 18 hingga 21 tahun untuk keluar mengundi dalam PRU akan datang, lapor BH Online.
"Kita perlu yakinkan mereka untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia bagi memilih kerajaan terbaik mentadbir negara. Kalau kita lihat peratusan keluar mengundi di Melaka dan Johor, jumlahnya hanyalah kira-kira 64 peratus dan itu sememangnya menjadi kerisauan buat kami.
"Jadi kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan pengundi muda berusia antara 18 ke 21 tahun yang kebanyakannya masih berada di bawah tanggungan ibu bapa ini keluar mengundi pada 19 November nanti," katanya.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.