Calon Ketua Pembangkang akan diputuskan sebelum Jun, kata Hadi Awang
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA NERUS: Pelantikan Ketua Pembangkang baharu Malaysia akan diputuskan sebelum sidang Parlimen pada Jun ini, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Bercakap kepada para wartawan selepas Kuliah Dhuha di Kelantan pada Jumaat (3 April), Ahli Parlimen Marang itu berkata keputusan berhubung jawatan berkenaan akan dimuktamadkan selepas perbincangan menyeluruh melibatkan semua parti pembangkang.
Beliau berkata ada masa yang mencukupi untuk membuat keputusan itu memandangkan sidang Dewan Rakyat hanya akan berlangsung pada Jun, dengan keutamaan ketika ini tertumpu kepada menghuraikan urusan dalaman parti serta perkara berkaitan Perikatan Nasional (PN).
“Perkara ini perlu dibincangkan dengan semua pihak kerana ia melibatkan semua Ahli Parlimen pembangkang bukan hanya satu parti.
“Kita akan mengambil kira pandangan semua parti politik serta Ahli Parlimen pembangkang termasuk dari Sabah dan Sarawak. Calon perlu mendapat persetujuan semua parti komponen,” katanya lagi.
Setakat ini, jawatan Ketua Pembangkang masih dipegang oleh Hamzah Zainuddin yang juga Ahli Parlimen Larut.
Sementara itu, Encik Abdul Hadi mengulangi cadangan supaya satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan krisis tenaga global yang memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.
Beliau berkata langkah itu penting kerana isu berkenaan memberi kesan kepada semua pihak dan memerlukan penglibatan wakil rakyat secara menyeluruh dalam mengemukakan pandangan berhubung krisis tersebut.
"Kita cadang buat sidang khas Parlimen. Terima pandangan semua (wakil rakyat). Sepatutnya begitu sebab kita dalam satu kapal. Sebab itu perlu melibatkan wakil rakyat berbincang dalam Parlimen.
“Perbezaan politik perlu diketepikan buat sementara waktu bagi menangani isu ini. Semua pihak perlu berbincang bersama dan tidak wajar kerajaan memikul tanggungjawab ini secara bersendirian,” katanya.
Encik Hamzah atas kapasitinya sebagai Ketua Pembangkang telah memohon kerajaan mengadakan sidang khas Dewan Rakyat untuk membincangkan implikasi konflik di Timur Tengah terhadap Malaysia.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.