Calon ganti Jacinda Ardern ketengahkan nama hari ini
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
WELLINGTON: Calon-calon untuk menggantikan Cik Jacinda Ardern sebagai Perdana Menteri New Zealand dijangka membuat kemunculan pada Jumaat (20 Jan), menjelang undian kepimpinan pada Ahad nanti (22 Jan).
Ini menyusuli peletakan jawatan Cik Ardern secara mengejut.
Cik Ardern, pada Khamis (19 Jan) berkata, beliau akan berundur selewat-lewatnya awal bulan depan dan tidak akan bertanding semula.

Seorang menteri dalam pemerintahnya, Chris Hipkins, yang juga pesaing utama bagi jawatan itu, memberitahu media bahawa beliau menjangkakan anggota parlimen Buruh mencapai kata sepakat mengenai calon baru.
Sungguhpun demikian, beliau enggan menyatakan sama ada beliau sendiri bercadang untuk bertanding.
Jika calon tidak dapat memperoleh dua pertiga daripada keseluruhan undi lusa, persaingan kepimpinan akan beralih kepada keanggotaan yang lebih luas.
Para pengulas menjangkakan beberapa menteri di bawah pentadbiran Cik Ardern sebagai calon bagi peranan itu.
Ini termasuk Encik Hipkins, mantan Menteri COVID-19 yang kini Menteri Pendidikan dan Polis, juga Menteri Kehakiman sekarang, Kiri Allan.
Cik Ardern memberitahu media di Lapangan Terbang Napier pada Jumaat bahawa beliau berhasrat untuk kekal dalam kedudukan tidak menyebelahi mana-mana pihak semasa pilihan raya diadakan.
Beliau menambah bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kekesalan mengenai keputusannya untuk mengundurkan diri daripada jawatan tersebut.
Pemenang undian tersebut akan menyandang jawatan Perdana Menteri sehingga pilihan raya seterusnya. Penggal Cik Ardern sebagai pemimpin akan tamat selewat-lewatnya 7 Februari.
Pilihan raya umum akan diadakan pada 14 Oktober.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Reuters/LL/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.