Skip to main content

Dunia

Calon Democrat Abdul El-Sayed cipta sejarah Senator Muslim pertama Amerika

Anggaran Waktu Membaca:
Calon Democrat Abdul El-Sayed cipta sejarah Senator Muslim pertama Amerika

Calon Parti Democrat bagi Senat Amerika Syarikat, Abdul El-Sayed, bersama isterinya, Dr Sarah Jukaku, naik ke pentas selepas beliau mengisytiharkan kemenangan di Detroit, Michigan, pada awal pagi 4 November 2026. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 04 Nov 2026 09:11PM Dikemas Kini : 04 Nov 2026 10:06PM
Democratic candidate Abdul El-Sayed makes history as America’s first Muslim senator
  • Democratic candidate Abdul El-Sayed won the Senate election in Michigan, becoming the first Muslim elected to the United States Senate; the date of the election was not stated.
  • He, a former public health official, defeated Republican candidate Mike Rogers, who was backed by President Trump.
  • During the campaign, Rogers and Trump attacked El-Sayed’s religion and questioned his loyalty to the United States.
  • El-Sayed, meanwhile, highlighted the cost of living and healthcare, and said he wanted Michigan’s tax revenue to fund schools, healthcare and infrastructure, rather than apartheid, genocide or war.
Dijana oleh AI

WASHINGTON: Satu lagi sejarah diukir dengan kemenangan calon Democrat Abdul El-Sayed di Michigan, sekali gus menjadikan beliau individu Muslim pertama yang dipilih sebagai Senator Amerika Syarikat.

"Saya bangga dan berbesar hati berdiri di sini sebagai Senator Dipilih anda bagi wilayah Michigan yang hebat," ujar Encik El-Sayed.

Mantan pegawai kesihatan awam itu mengalahkan calon Republican Mike Rogers, yang mendapat sokongan kuat Presiden Trump.

Sepanjang kempen, Encik Rogers dan Encik Trump kerap kali menyerang Encik Abdul atas agamanya, malah mempersoalkan kesetiaannya kepada Amerika Syarikat.

Sebaliknya, Encik Abdul El-Sayed banyak menumpukan perbahasan kepada isu kos sara hidup dan jagaan kesihatan, 
yang turut menjadi antara keprihatinan utama para pengundi. 

"Penduduk Michigan, kita mahu cukai kita dibelanjakan untuk sekolah, jagaan kesihatan dan prasarana di sini. Kita tidak mahu duit kita dikirim untuk tujuan aparteid, genosid atau perang," tegas beliau. 

Sumber : AP
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita