Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Calon-calon bebas yang sokong Imran Khan rancang bentuk pemerintah baru Pakistan

Anggaran Waktu Membaca:
Calon-calon bebas yang sokong Imran Khan rancang bentuk pemerintah baru Pakistan

(Gambar: AFP/Abdul Majeed)

Diterbitkan : 11 Feb 2024 10:57AM Dikemas Kini : 11 Feb 2024 10:59AM
LAHORE: Calon-calon pimpinan parti pemimpin pembangkang Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan, merancang untuk membentuk pemerintah baru.

Demikian menurut Pengerusi parti Pakistan Tehreek-Insaf (PTI), Gohar Khan yang juga bertindak sebagai peguam kepada bekas perdana menteri itu.

Encik Gohar Khan mendesak para penyokong PTI agar mengadakan bantahan secara aman jika keputusan pilihan raya akhir tidak diumumkan.

"Insya-Allah, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) akan membentuk pemerintah persekutuan. Dan bersama-sama dengan ini, Pakistan Tehreek-e-Insaf juga akan membentuk kerajaan di wilayah KPK (Khyber Pakhtunkhwa)," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru kesemua institusi di Pakistan supaya menghormati mandat partinya.

Parti itu dijangka akan mengadakan bantahan secara aman pada Ahad di luar pejabat pemerintah yang mengumumkan keputusan pilihan raya di seluruh negara sekiranya keputusan lengkap pengundian tidak diumumkan pada Sabtu.

Pakistan yang memiliki penduduk berjumlah 241 juta orang pengundi mengadakan pilihan raya pada hari Khamis ketika negara itu bergelut dari krisis ekonomi dan pertempuran keganasan militan dalam persekitaran politik yang sangat berpecah belah.

Keputusan awal pilihan raya Pakistan menunjukkan para calon bebas telah memenangi 100 kerusi parlimen dengan parti PML-N pimpinan mantan PN Nawaz Sharif meraih 72 kerusi.

Para penyokong Encik Imran Khan bertanding sebagai calon bebas kerana mereka tidak dibenarkan bertanding atas tiket parti PTI.

Namun di bawah undang-undang Pakistan, para calon bebas tidak layak diperuntukkan kerusi sementara.

Penasihat PTI Zulfi Bukhari memberitahu Reuters, partinya mungkin mengumumkan sehari dua ini, agar para calon bebas itu menyertai sebuah parti yang sah.

Selain Encik Khan dan Encik Sharif, parti PPP Encik Bilawal Bhutto Zardari, anak Benazir Bhutto, turut memenangi 53 kerusi parlimen.
 
Sumber : Agensi berita/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan