Skip to main content

Dunia

Calon BN bagi PRN Johor penuhi aspirasi rakyat bagi kestabilan politik negeri, kata Naib Presiden UMNO

Anggaran Waktu Membaca:
Calon BN bagi PRN Johor penuhi aspirasi rakyat bagi kestabilan politik negeri, kata Naib Presiden UMNO

Naib Presiden UMNO Mahdzir Khalid (Gambar: BERNAMA)

KLUANG: Calon-calon yang diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mampu memenuhi aspirasi rakyat Johor dalam memastikan kestabilan politik di negeri ini, kata Naib Presiden UMNO Mahdzir Khalid.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata calon BN pada PRN Johor merupakan kombinasi antara pemimpin berpengalaman dan muka baru serta gabungan kumpulan profesional dan aktivis masyarakat.

“Saya yakin calon-calon ini adalah pilihan yang tepat bagi membolehkan rakyat memberi mandat (kepada Barisan Nasional) pada PRN Johor ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pengisytiharan dan Penyerahan Keuntungan Boleh Agih Akhir Peserta Felcra Berhad 2021 hari ini (24 Feb).

BN yang akan bertanding di kesemua 56 kerusi pada PRN Johor telah mengumumkan calon-calonnya terdiri daripada UMNO dengan 37 calon, MCA (15) dan MIC (empat).

Lebih 70 peratus daripada calon BN terdiri daripada muka-muka baru manakala 80 peratus daripada mereka memiliki latar belakang akademik yang tinggi dan berusia 55 tahun ke bawah.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian bagi PRN Johor dengan penamaan calon dijadual Sabtu ini manakala pengundian awal pada 8 Mac.
 

Sumber : Bernama/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita