Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Calon bakal terajui Rumah Putih masih samar

Selepas dua hari pengundian dijalankan, masih belum pasti calon mana yang akan menerajui Rumah Putih buat empat tahun akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Calon bakal terajui Rumah Putih masih samar

Encik Donald Trump dan Encik Joe Biden. (Gambar-gambar: Jim Watson, Saul Loeb/AFP)

Diterbitkan : 05 Nov 2020 07:43PM Dikemas Kini : 05 Nov 2020 07:47PM

WASHINGTON: Selepas dua hari pengundian dijalankan, masih belum pasti calon mana yang akan menerajui Rumah Putih buat empat tahun akan datang.

Calon Democrat Joe Biden hanya memerlukan enam lagi undi perwakilan pemilih, untuk memenangi pilihan raya itu selepas kemenangannya dua wilayah dengan pertandingan sengit iaitu di Michigan dan Wisconsin.

Encik Biden memperolehi 264 undi perwakilan sejauh ini, sementara pesaingnya, Presiden Donald Trump, pula mendapat 214 undi perwakilan pemilih setakat ini.

Encik Biden juga sedang mendahului lawannya dalam kiraan undi popular, dengan lebih 2 peratusan mata.

Namun undi perwakilan pemilih yang akan menentukan siapa yang akan menjadi presiden.

Seorang calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya 270 daripada 534 undi perwakilan pemilih untuk diisytihar menang.

Perhatian kini tertumpu kepada Arizona, dengan Encik Biden diramalkan memperoleh undi yang cukup untuk berpeluang menewaskan Encik Trump.

Nevada merupakan negeri yang pernah dimenangi oleh calon Democrat, Cik Hillary Clinton, pada tahun 2016.

Sementara itu, Presiden Trump menuntut kiraan semula undi di Georgia.

Negeri yang mempunyai 16 undi perwakilan pemilih itu dianggap penting bagi Encik Trump untuk mempertahankan jawatanya bagi penggal kedua. 

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan