Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

California isytihar keadaan darurat sedang api terus marak

Gabenor California mengisytiharkan keadaan darurat di seluruh negeri itu pada Ahad (27 Okt) apabila kebakaran yang semakin marak kerana tiupan angin kencang memaksa penduduk untuk berpindah dan menyebabkan gangguan besar-besaran pada bekalan elektrik. 

Anggaran Waktu Membaca:
California isytihar keadaan darurat sedang api terus marak

Api kebakaran 'Kincade Fire' menjilat kilang wain Soda Rock Winery pada 27 Okt 2019 di Healdburg, California. (Gambar: Noah Berger/AP)

Diterbitkan : 28 Oct 2019 10:18AM Dikemas Kini : 28 Oct 2019 10:20AM

HEALDSBURG: Gabenor California mengisytiharkan keadaan darurat di seluruh negeri itu pada Ahad (27 Okt) apabila kebakaran yang semakin marak kerana tiupan angin kencang memaksa penduduk untuk berpindah dan menyebabkan gangguan besar-besaran pada bekalan elektrik. Keadaan tersebut mengancam bandar tumpuan pelancong Sonoma yang terkenal dengan wainnya.

Kebakaran yang dinamakan 'Kincade Fire', di utara San Francisco, merebak sehingga 12,000 hektar sepanjang malam dengan cuma 10 peratus kebakaran berjaya dikawal menjelang tengah hari Ahad, menurut pasukan bomba.

Kebakaran tersebut, paling besar berbanding 12 kebakaran hutan lain di seluruh negeri itu, memusnahkan puluhan rumah dan kilang wain termasuk kilang ikonik Soda Rock Winery yang dibina pada 1869.

“Kami menyaksikannya di televisyen. Kami berasa amat sedih,” kata pemilik kilang tersebut dalam satu catatan di Facebook sambil menambah semua kakitangannya selamat.

Kincaid Fire, kebakaran paling dahsyat di California tahun ini, bermula Rabu (23 Okt) lalu dan merebak dengan pantas kerana tiupan angin yang mencecah 145 kilometer sejam.

Gabenor Gavin Newsom mengisytiharkan keadaan darurat seluruh negeri semalam disebabkan angin kencang yang memburukkan kebakaran.

Dianggarkan 180,000 penduduk diletakkan di bawah arahan pemindahan mandatori, termasuk beberapa wilayah Santa Rosa dan sebahagian besar Sonoma County hingga ke Lautan Pasifik.

“Pada pandangan kami, ini adalah pemindahan yang terbesar. Kita perlu menjaga keselamatan antara satu sama lain,” nasihat pejabat Sherif Sonoma dalam catatan Twitternya.

Pihak-pihak berkuasa menyatakan kawasan tersebut akan terus diletakkan di bawah keadaan darurat sehingga pagi Isnin (28 Okt).

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan