Skip to main content

Dunia

California dilanda banjir dek hujan lebat, salji

Anggaran Waktu Membaca:
California dilanda banjir dek hujan lebat, salji

(Gambar: Patrick T. Fallon/AFP)

LOS ANGELES: California terus dilanda hujan lebat dan salji pada Selasa (21 Mac), hingga mencetuskan kejadian banjir, mengakibatkan gangguan elektrik dan menjejas lalu lintas.

Ribut dijangka melanda Pantai Barat pada Selasa membawa hujan lebat, salji dan angin kencang, lapor Xinhua memetik Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat (NWS).

Hujan paling lebat dijangka tertumpu di kawasan California Selatan, menurut ramalan itu.

Amaran banjir dikeluarkan bagi kebanyakan daerah termasuk Santa Barbara, Ventura dan Los Angeles. 

Pada enam bulan lalu, California dilanda musim kemarau yang berlarutan selama tiga tahun.
Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita