Cadangan senjata nuklear Putin 'kedengaran seperti idea yang baik': Trump
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berjabat tangan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, semasa mereka bertemu untuk berunding bagi mengakhiri perang di Ukraine, di Joint Base Elmendorf-Richardson di Anchorage, Alaska, pada 15 Ogos, 2025. (Gambar: Reuters/Kevin Lamarque/File Photo)
Bulan lalu, Encik Putin mencadangkan agar had sukarela ke atas saiz dua senjata nuklear terbesar dunia, seperti yang ditetapkan oleh perjanjian New START 2010, dikekalkan jika Washington bersetuju untuk melakukan perkara yang sama. Pakatan itu dijadualkan tamat tempoh pada Februari.
"Bagi saya, kedengarannya seperti idea yang baik," kata Encik Trump kepada wartawan semasa beliau meninggalkan Rumah Putih apabila ditanya mengenai cadangan Putin.
RUSIA MENANTI RESPON
Duta PBB Rusia Vassily Nebenzia berkata minggu lalu bahawa Mosko masih menunggu respons rasmi daripada Washington terhadap tawaran Encik Putin untuk mengekalkan had sukarela ke atas senjata strategik yang dikerahkan sebaik sahaja perjanjian itu tamat.
Sebarang persefahaman baharu akan menandakan detik kerjasama yang jarang berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak antara kedua-dua negara sejak Encik Trump dan Encik Putin bertemu di Alaska pada pertengahan Ogos, apabila laporan mengenai dron Rusia tersasar ke ruang udara NATO timbul.
PUTIN BERI AMARAN TERHADAP BEKALAN PELURU BERPANDU
Dalam sebuah video yang dikeluarkan pada Ahad, Encik Putin memberi amaran bahawa sebarang keputusan Amerika Syarikat untuk membekalkan peluru berpandu Tomahawk jarak jauh kepada Ukraine untuk serangan dalam di dalam Rusia akan "memusnahkan" hubungan antara Moskoan Washington.
Naib Presiden AS JD Vance berkata bulan lalu bahawa Amerika sedang mempertimbangkan permintaan Kyiv untuk peluru berpandu sedemikian, tetapi tiada keputusan muktamad sudah dibuat.
"Ini akan membawa kepada kemusnahan hubungan kita, atau sekurang-kurangnya trend positif yang muncul," kata Encik Putin dalam kenyataan yang disiarkan oleh televisyen pemerintah Rusia.
Seorang pegawai Amerika dan tiga sumber lain memberitahu Reuters bahawa hasrat pentadbiran Encik Trump untuk menghantar Tomahawk ke Ukraine mungkin tidak boleh dilaksanakan kerana kebanyakannya diperuntukkan untuk kegunaan tentera laut.
Encik Trump, yang menyatakan kekecewaan kerana Encik Putin tidak mengambil langkah untuk menamatkan perang di Ukraine, tidak ditanya pada Ahad mengenai kemungkinan penghantaran peluru berpandu.
FOKUS PADA BEKALAN SENJATA ERA PERANG DINGIN
Encik Trump sedang melawat kapal pengangkut pesawat USS George H.W. Bush di luar pantai Virginia dan dijadual menyampaikan ucapan kemudian di atas kapal USS Harry S. Truman.
Peluru berpandu kruis Tomahawk mempunyai julat kira-kira 2,500 kilometer (1,550 batu), yang akan meletakkan Kremlin dan sebahagian besar Rusia Eropah dalam jarak serangan jika Ukraine menerimanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.