Skip to main content

Dunia

Cadangan namakan Mukhriz sebagai TPM 2 bukan daripada saya: Mahathir Mohamad

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, berkata cadangan untuk menamakan anaknya Mukhriz sebagai calon Timbalan Perdana Menteri Kedua sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan bukan datang daripadanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Cadangan namakan Mukhriz sebagai TPM 2 bukan daripada saya: Mahathir Mohamad

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad (kiri) bersama anaknya, Mukhriz Mahathir (kanan). (Gambar fail: AFP/TENGKU BAHAR)

Diterbitkan : 30 Jun 2020 12:05AM Dikemas Kini : 30 Jun 2020 12:07AM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, berkata cadangan untuk menamakan anaknya Mukhriz sebagai calon Timbalan Perdana Menteri Kedua sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan bukan datang daripadanya.

Beliau berkata cadangan nama itu sudahpun disebut dalam kenyataan bersama oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Isnin lalu.

"Saya berada dalam keadaan serba salah. Di waktu saya jadi perdana menteri kali pertama, saya telah larang anak saya daripada bergiat dalam politik, khusus sebagai ahli parti kerajaan. 

"Saya tidak hendak dituduh mengamal nepotisme, memberi keistimewaan kepada keluarga saya," katanya dalam catatan terbaru di blog chedet.cc pada Isnin (29 Jun).

Namun, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata apabila beliau tidak lagi menjadi perdana menteri dan tanggungjawab menjaga namanya tidak sepatutnya dipikul berterusan oleh anaknya selain mereka bebas untuk berpolitik. 

"Apabila nama Mukhriz dicadang untuk jawatan-jawatan tertentu, saya tidak ada hak untuk menentang kerana kepentingan diri saya," tulisnya yang sedar dirinya akan dikritik apabila Mukhriz dinamakan sebagai calon jawatan itu. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita