Cacing parasit di bawah kelopak mata, lelaki rayu bantuan bila doktor tiada rawatan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: 刘灯儿/Douyin)
CHINA: Seorang lelaki yang bergelut dengan cacing parasit di bawah kelopak mata kirinya, berusaha untuk mendapatkan nasihat di platform media sosial, setelah doktor memberitahu bahawa mereka tidak dapat merawatnya.
Lelaki itu, Liu dari wilayah Henan di China, memuat naik rayuan meminta bantuan di platform perkongsian video singkat Douyin pada Khamis lalu (23 Feb).
Merakam sebuah video yang menunjukkan parasit yang kelihatan berkeruit di bawah kelopak mata kirinya, Encik Liu berkata dalam satu catatan: "Parasit di bawah kelopak mata saya menyebabkan saya mengunjungi banyak hospital tanpa mendapat sebarang penyembuhan. Ada sesiapa yang pernah mendengar keadaan ini atau tahu mana-mana doktor pakar yang boleh disarankan kepada saya?"
Video tersebut menarik 25,000 komen dan dikongsi semula sebanyak 94,000 kali dan dipetik oleh beberapa saluran berita.
Encik Liu menerangkan bahawa beliau pertama kali mengalami simptom ketika Tahun Baru Cina tahun ini, apabila dia merasakan seolah-olah "kelopak matanya bergerak". Ibu bapanya sebaliknya menenangkannya dengan menyatakan bahawa ia adalah reaksi saraf yang biasa saja, kata Encik Liu kepada media China.
Matanya kemudian terasa gatal lagi dan dia ternampak cacing itu muncul dalam sekelip mata.
Dia mengunjungi beberapa hospital di Henan tetapi malangnya, ia tidak berjaya dirawat. Doktor rata-rata terkejut tatkala melihat keadaan Encik Liu. Seorang doktor yang mempunyai pengalaman selama 40 tahun memberitahu Encik Liu bahawa meskipun beliau pernah mendapat kes parasit sebelum ini, beliau tidak pernah melihat kemunculan parasit sedemikian di bawah kelopak mata seseorang.
Doktor menasihatkan beliau supaya tidak melakukan pembedahan pada kelopak matanya, sungguhpun cacing itu masih kekal di bawahnya. Mereka menjelaskan bahawa parasit itu akan hanya bergerak ke kawasan lain sejurus mereka mula melakukan pembedahan.
Dalam video seterusnya, Encik Liu menyatakan bahawa dia sudah mendapat jangkitan parasit itu ketika dia sedang bekerja di Cameroon di barat tengah Afrika.
"Jangkitan parasit mungkin berlaku ketika saya bertugas di Cameroon selama setahun. Saya menjalani pemeriksaan badan setelah pulang dan mempunyai bacaan yang tidak normal dalam satu kategori bagi ujian darah saya, tetapi tidak memikir panjang mengenainya," jelas Encik Liu.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.