Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Cacar monyet semasa musim Haji bukan satu keprihatinan besar buat masa ini, kata pegawai Saudi

Anggaran Waktu Membaca:
Cacar monyet semasa musim Haji bukan satu keprihatinan besar buat masa ini, kata pegawai Saudi

(Gambar: Fayez Nureldine/AFP)

Diterbitkan : 28 Jun 2022 08:24PM Dikemas Kini : 28 Jun 2022 10:31PM

RIYADH: Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Abdul Fattah Mashat berkata, kesan cacar monyet semasa musim Haji bukan satu keprihatinan utama. 

Dr Abdul Fattah berkata demikian dalam satu wawancara dengan saluran Al-Saudiya. Menurutnya pihak penganjur Haji yakin dengan langkah-langkah yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan untuk mengawal jangkitan cacar monyet. 

Meskipun Kementerian Kesihatan sebelum ini sudah menetapkan syarat-syarat kesihatan bagi jemaah, ia tidak termasuk sebarang langkah bagi menangani cacar monyet, ujarnya.

Namun begitu,  Kementerian Kesihatan sedang mengambil tindakan proaktif untuk menangani sebarang kes penyakit itu sekiranya ia dikesan ketika musim Haji, kata Dr Abdul Fattah seperti dilaporkan Saudi Gazette. 

Arab Saudi menekankan slogannya, iaitu "Kesihatan Manusia Diutamakan". Oleh itu, amat penting ditetapkan syarat-syarat untuk memastikan kesihatan jemaah sepanjang mereka  menunaikan ibadah haji, tambahnya. 

Dr Abdul Fattah berkata, Kementerian Kesihatan memberi tumpuan kepada langkah pencegahan melalui protokol kesihatannya untuk mencegah sebarang penyakit, bukan menanganinya apabila ia sudah dikesan. 

Langkah pencegahan dan proaktif yang diambil kementerian ini termasuk menunjukkan hasil ujian PCR 72 jam sebelum tiba serta sijil vaksinasi, selain usia jemaah tidak boleh melebihi 65 tahun. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan