Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Cabaran di TikTok sejenis judi, kata ulama Saudi

Anggaran Waktu Membaca:
Cabaran di TikTok sejenis judi, kata ulama Saudi

(Gambar hiasan: Denis Charlet/AFP)

RIYADH: Sheikh Abdullah Al-Manea, anggota Majlis Ulama Kanan Saudi, berkata cabaran-cabaran di laman media sosial, khususnya aplikasi TikTok, adalah sejenis perjudian dan membazirkan wang, iaitu satu perbuatan yang dilarang dalam Islam.

"Aktiviti seperti ini tidak dibenarkan di bawah sebarang konteks, tidak kira sama ada ia melibatkan interaksi antara dua orang sesama jantina ataupun berbeza jantina," katanya, seperti dinukil laporan Saudi Gazette.

Bercakap kepada Saudi Gazette, Sheikh Al-Manea yang juga merupakan anggota Akademi Fiqih Islamik Antarabangsa, berkata perjudian itu adalah sejenis denda dan harta rampasan, dan denda itu adalah jumlah yang dicabar serta salah seorang yang terlibat akan menerima wang tersebut.

Kenyataan ulama tersebut dibuat sedang cabaran di aplikasi TikTok semakin menjadi trend di media sosial. Aplikasi itu merupakan wadah kegemaran bagi video-video pendek.

TikTok menjadi platform bagi pelbagai jenis video pendek, seperti gurauan, aksi lasak, tarian dan hiburan antara 15 saat hingga 10 minit.

Cabaran di TikTok adalah kempen atau trend yang mengundang orang ramai untuk menghasilkan video mereka sendiri berdasarkan tugas khusus seperti menonjolkan bakat atau aktiviti.
Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan